Followers

Sunday 11 March 2012

Thursday 8 March 2012

special to acah!!

happy birthday to you...
sangelcukahamida....


acah!!!


semoga panjang umur,dimurahkan rezeki...
noor aisyah bt khalid <3 nurshahirah aisyah...
saya rindu awak...


sori lambat wish..ala lambat satu jam 4 minit jer..hehe..

cerpen~cinta sahabat dan suami,,,

awak,
    kadang-kadang saya tertanya-tanya,ikhlaskah awak bersahabat dengan saya?Tapi,saya hiraukan saja parsoalan tu sebab saya yakin sangat awak ikhlas kawan dengan saya.Setiap hari kita makan sama-sama,belajar sama-sama..saya rasa seronok sangat sebab tak ada yang bermakna selain bersahabat dengan awak.Awak baik.Kalau saya sakit awak selalu teman saya.Awak sentiasa ada bersama saya ketika senang atau susah.Saya suka sangat kawan dengan awak.Terima kasih sebab sudi kawan dengan saya.

awak,
   suatu hari kita ditakdirkan berpisah.saya sedih sangat.kenapa kita harus berpisah?Awak cakap kat saya yang Allah nak uji persahabatan kita.saya berseorangan tapi awak kata kita tak berseorangan,Allah sentiasa ada bersama kita.Saya senyap.Lepas tu awak peluk saya.Awak bisik kat telinga saya yang persahabatan kita tak pernah berakhir.Awak bisik yang awak sayang saya kerana Allah.Allah dah rancang yang terbaik buat kita.Kehidupan ini tak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa.Kadangkala kita diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian.sekiranya lemah,kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.Saya terus menangis.Saya bangga punya kawan setabah dan dapat membimbing saya kearah kebaikan.Sebelum ni pun awak selalu nasihat kat saya.Saya senang bersama denagn awak.

Bunyi ketukan di pintu memeranjatkan Jannah.Dia beristighfar.Pintu dibuka perlahan.Kelihatan wanita dalam lingkungan 40-an sedang tersenyum kearahnya.Dia membalas senyuman itu. "Umi..ingatkan siapa tadi."
"Jom turun makan."Dia mengganguk perlahan.Pintu tingkap ditutup.Lampu dipadamkan.Dia tersenyum..Ain...

Matahari panas membahang muka.Dia cuma tersenyum.Sungguh hebat ciptaan Allah.Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 2.Kelibat walid tidak kelihatan.Dia mengeluh.Penat menanti,dia ke kedai berhampiran untuk membeli air sekadar ingin membasahkan tekak.Tidak lama kemudian walid datang menjemputnya.
"assalamualaikum walid."Walid tersenyum."Asif jiddan." "takpe.Jannah faham.walid mesti sibuk kan,sepatutnya Jannah yang kena memandu sendiri.Jannah dah susahkan walid."Walid menggeleng."Jannah tak pernah susahkan walid".Begitulah setiap hari,walid akan mengambil Jannah di kampus.Jannah masih tidak berani untuk memandu disebabkan kejadian yang lalu.Kejadian yang sangat menyedihkan.

Jannah membacuh minuman dengan berhati-hati.Bibirnya tidak lekang dari memuji Allah subhanahua taala.Dia menatang dulang dengan berhati-hati.Kedengaran gelak tawa di ruang tamu.Tetamu walid yang datang menziarahi walid. "Jemput minum makcik,pakcik.."Jannah memaniskan muka.Tetamu haruslah dilayan dengan baik."Dah besar Jannah sekarang.Cantik."Puji Puan Solehah.Jannah tersenyum.Pipinya kemerahan dek pujian tersebut.Setelah meminta diri,dia menuju ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari yang akan dihidangkan buat tetamu yang hadir.Fikirannya melekat kepada pemuda yang duduk di sebelah walid tadi.Siapa lelaki itu?Dia terus beristighfar dan memohon keampunan kerana lalai sebentar tadi.

Setelah tetamu walid pulang,uminya memanggil untuk diajak berbual.Walid juga ada bersama.Mereka sama-sama duduk di taman di hadapan banglo sambil menunggu waktu zuhur masuk."Umi ada beberapa soalan untuk Jannah."Umi memulakan bicara.Jannah tidak senang duduk.Hatinya berdebar-debar menunggu apa yang hendak umi perkatakan."Jannah dah ada teman hidup?Maksud umi..calon suami Jannah"Suami?Kenapa umi tiba-tiba membicarakan hal tersebut."Kenapa umi?"Jannah berlagak selamba.Tolong jangan kata tadi ada orang pinang Jannah..please umi..."Tadi,Puan Solehah nak pinang Jannah untuk anak dia.Jannah setuju?"Jantung Jannah terasa seakan-akan hendak berhenti.Dia belum bersedia.Umurnya baru meningkat 25 tahun."Em,entahla.Umi bagi Jannah masa boleh?".Umi menggagguk sambil tersenyum.Aduhai,apakah yang sedang direncanakan olehNya.Setiap malam Jannah membuat solat istikharah.Berdoa adakah dia lelaki yang ditakdirkan untuknya.Hanya Allah yang maha mengetahui.

Semenjak dua menjak ini.ingatannya terhadap Ain semakin kuat.Dia cuba untuk lupakan Ain.Tetapi hampa.Wajah bersih Ain sering hadir ke dalam mimpinya.Ain seperti memimpin tangannya menuju ke sesuatu tempat.Ya Allah berikanlah petunjukmu.Alhamdulillah,Jannah bersetuju menerima pinangan pemuda tersebut.Memang soal begini umi dan walid yang uruskan.Pilihan umi dan walid adalah yang terbaik.Tinggal lagi sebulan majlis akad nikah akan diadakan.Dia tersenyum.Aneh.Orang lain kalau hendak berkahwin pasti akan kenal dengan pasangan masing-masing.Tapi tidak bagi dia.Segala tentang bakal suaminya hanya tahu sedikit sahaja.Itupun umi dan walid yang menceritakan kepadanya.

Seminggu sahaja lagi,dia akan bergelar seorang isteri.InsyaAllah.Segala bekalan yang umi ajarkan tersemat di dalam fikiran.Dia duduk di atas katil sambil memegang gambar Ain.Ingatannya 10 tahun lalu menjengah di fikirannya.Qurratul Ain,sahabat baik yang dia pernah ada.Mereka terpisah kerana Ain terpaksa pindah mengikut keluarganya.Tetapi,Allah lebih sayangkan Ain daripadanya.Ain meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan hendak ke Kedah.Dunia terasa gelap saat mengetahui berita tersebut.'Kalau umur saya panjang,kita pasti berjumpa lagi.Tapi kalau saya dah tak ada,insyaAllah kita berjumpa di syurga sana'..Kata-kata terakhir Ain sebelum mereka terpisah.
Jannah mengelap air mata yang mengalir.Sungguh berat ujian Allah.Dia memandang bilik yang sudah dihias indah dengan kain satin berwarna biru laut dan putih.Hatinya berdebar-debar.Moga Allah permudahkan urusan duniawi.Amin...

"Assalamualaikum abang."Jannah memulakan bicara."wassalam.Sebentar ya sayang,abang dalam perjalanan,hari ni ada meeting,lambat sikit.Sorry sayang."Jannah tersenyum."Tak apa,Jannah faham.Hati-hati bawa kereta tu"Setelah memberi salam,dia menoleh ke kiri dan kanan.Alhamdulillah,setahun menjadi isteri yang sah kepada Umar Haiqal tidak menyekatnya untuk sambung belajar.Dia sabar menunggu suaminya.Jam ditoleh.Sudah satu jam Umar masih belum sampai-sampai juga.Mungkin jalan jammed.Jannah menyedapkan hatinya.Sungguh,hatinya terasa tidak tenang.Seperti ada sesuatu yang akan berlaku.Dia sudah berdoa memohon ketenangan ketika solat zuhur tadi.Dia memandang ke sebelah sana.Sebuah kedai yang menjual barangan cenderahati.Dia ingin membeli buat suaminya.Dia tersenyum,pasti umar suka.

Pintu kedai dibuka.Dia mencari barang yang sesuai untuk dihadiahkan kepada Umar.Dia mencapai sebuah kotak muzik yang cantik.Pasti Umar suka.Dia juga sempat menulis kad buat Umar.Setelah membuat pembayaran,dia ingin kembali ke seberang,takut-takut Umar mencarinya.Tiba-tiba....

DUSH!!!

"Allahuakhbar!"Kini hanya darah yang mengalir membasahi jalan.Jannah nampak Ain sedang memanggilnya.Dia tersenyum.Lailahaillallah..Jannah meninggal dunia di tempat kejadian.Kebetulan Umar baru sahaja sampai di situ.Dia hairan,kenapa orang ramai di situ.Hatinya tergerak untuk kesana.Ya Allah,hanya itu yang mampu Umar perkatakan.Air mata jantannya mengalir.Dia melihat apa yang ada di tangan Jannah.Sebuah plastik beg hadiah.Apakah......dia segera membawa Jannah ke hospital.

Kotak muzik dibuka perlahan.Lagu love story memecahkan kesunyian bilik.Dia membuka perlahan kad,sekeping kad berwarna hitam jatuh.Dia mengambil kad tersebut sambil mengusap-usapnya.Jannah meninggal bersama anak yang dikandungnya 2 bulan.Dia membaca kad tersebut.Air matanya mengair.Abang sayang Jannah selamanya.I love you till i die...

abang,
  Tak lama lagi Jannah akan jadi ibu,
  abang akan jadi ayah.
  Alhamdulillah...
  Terima kasih abang,Jannah sayang abang.


i love you..
jannah,isterimu=)


Nur Jannah...sentiasa di hatiku....bersama cinta Allah dan Rasul.