Followers

Thursday 23 August 2012

What's up?!

huarghhh!!!!! Eh lupa..
Assalamualaikum buat pembaca blog saya,,(ketawa sopan)

Heyop! Geramnya saya tengok blog orang cantek-cantek tapi blog saya?Hancuss,,Tadi blogwalking,pastu kebanyakannya guna blogskin..Saya akui saya baru lagi dalam bab-bab ni tapi saya juga ada perasaan jeles(sikit jep),apabila tengok blog orang lain yang superb power tuh,,

Selain geram terhadap perkara tersebut,saya juga geram terhadap diri saya yang sangat,eh tak ada la sampai sangat,yang malas buat homework.Ko pehal?! Maafkan saya,Anda rasa apakah penyebab saya jadi macam tu?Anda ada jawapannya?Sila komen entry ini.Tidak!Berblog tidak menghalang saya untuk tidak membuat kerja sekolah.Saya pun tak pasti apakah jawapannya.

Yang saya peliknya,kenapa saya begitu skema ya hari ini.Mungkin penangan karangan BM yang saya karang tadi kot.Ah,sudahlah mekcoh berlakon,,tak masuk tv pom.

Dahlah hari sabtu kena balik sekolah.Kerja rumah ada lagi tak siap.Apa nak jadi dengan ko ni mekcoh.Hmm,malam ni aku kena buktikan yang aku boleh siapkan homework.Malam ni!We'll wait and see.

InsyaAllah buat! Amin...so,i have to leave my blog terchenta for a while#ohmyenglish!

See you in the court! 
eh,see you bila-bila jep,Bereh??!!

Tuesday 21 August 2012

Simple Dessert


Salam alaik! hoho(eksited)
petang-petang cam gini mesti tatau kan nak buat apa except online fb.Udah-udah lah tu online.
sesekali jenguk la kat dapur.(aku la tu kott)..haha
tadi memang jenguk kat dapur then ternampak koktail dan susu cair.Otak ligat pikir apa boleh aku buat dengan benda tuh.Lastly,jadilah cam ni..

 yang ni memang simple!

 kalau nak letak aiskrim pun boleh


Ditambah dengan buah laici dan oren..

Hasilnya,walla! Kebetulan tetamu datang,pastu dapat hidang sekali..
Korang cubalah!! Senang je tau..

Monday 20 August 2012

Meriahnya 1 Syawal !

Salam alaik!

Ingatkan nak post malam tadi.Tapi disebabkan aku dapat demam tak dapat la nak mengepostnya.Ni pun dah kebah sikit demam.Baru dapat post.Tadi pergi cari klinik tapi satu pun tak buka.Nak pergi hospital ramai orang la pulak.Kesian kat ma sebab dia nak pergi rumah sedara,anak dia bertunang.Sacrifie la sikit walaupun rasa macam nak mati.

Pastu singgah kat pasaraya beli aiskrim.Pelik kan demam-demam pun makan aiskrim.Itu sebab aku sakit tekak.Ma cakap elok makan aiskrim.Aku tak nampak pun kat mana eloknya.Kurang yakin dengan petua dia aku beli minyak yu yee dan dequadin.Tak dapat rawatan doktor aku pun jadi doktor tuk diri sendiri.Beli sekali lobak merah and daun sup,suh ma buatkan bubur nasi.Berjalan pun macam orang tak betul.

Balik je terus cari katil.Sedar je kakak aku suh makan bubur nasi.Pastu makan panadol and minum susu.Segalanya sendiri buat,rawat diri sendiri la katakan tapi still tak kebah.Last sekali aku geram sangat baring kat bawah kipas sampailah suhu badan turun.

Aku rasa aku demam sebab salah makan kot.Moral of the story is,jaga makan walaupun raya.Jangan makan benda-benda pelik dan jangan makan tapai pastu minum air bergas.Tak ke naya tuh.Kalau rasa nak beraya di hospital buatlah cam gitu.

Oh Allah! tolong berikan kepada kami kesihatan yang baik supaya dapat beribadat kepadaMu.

Sebenarnya,cerita aku demam tuh bukanlah cerita utama dalam post aku ni.Tengok tajuk pun dah tahu aku nak cerita pasal 1 Syawal kan.Memang meriah.Berbeza dengan tahun lepas.Baju raya aku just abaya.Malas nak pakai cantik-cantik.Cukuplah sekadar menutup aurat.Aku rasa kalau aku tunjuk gambar saja kira okey la kan.Tatau nak cerita macam mana.Bak kata Yuna,'Every pictures have their story.'

Malam raya:

muka eksited padahal main lilin je pun..haha,jahatnya aku!

 budak ni pun sama eksited!

 Susah nak buat lilin tuh,selalu terpadam dek angin..ops kantoi aku pun main lilin,kunag3

kawan selamanya!

raya pertama:

Eh! Mana mekcoh ni,haih! tak boleh jadik ni.

Ada pun aku..*yang pakai serba hitam buat 'peace'



 Hakim cute!




         













Sebenarnya banyak lagi gambar tapi malas nak letak banyak-banyak.Buat semak je kan.Dah la tak cantik!Haih,waktu ni orang pergi raya tapi aku berkurung dalam bilik.Nasib baik ada blog terchenta ni kan.Lastly from me..Selamat hari raya,,tahniah sebab korang dapat pergi raya,,huhu..

#lupa nak cakap,,semalam sedara2 dtg,pastu aku pun hidang la triffle,aku pun menghendap kat dapur tengok respon dyeorang makan triffle aku.Lastly aku dengar ada orang tanya.."Sape buat triffle ni?"Then mak aku pun cakapla yang aku buat. "Sedap!" Aku kat dapur dah terkiput-kiput.Nak je aku pergi kat dye then ckap thank you3!!!!hahaks*kembang hidung!Tak malu btol!





Saturday 18 August 2012

Resipi: Kek batik mekcoh!


KEK BATIK MEKCOH=)



Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

#Kalau tak nak letak telur pun boleh,ikut citarasa sendiri =)
Yummy3!!!

Resepi: kek coklat moist


KEK COKLAT MOIST




Bahan-bahan ( loyang sederhana - 5-7 org mkn )

  • GUNA SUKATAN CAWAN
  • 1 CAWAN SERBUK COKLAT
  • 1 CAWAN GULA
  • 1 CAWAN MINYAK SAYUR
  • 1 CAWAN SUSU PEKAT
  • 1 CAWAN SUSU CAIR
  • 1-2 BIJI TELUR GRED A
  • 1st baking powder
  • 1st soda bkbnat
  • 1cawan gandum

Cara-cara

  1. satukan minyak,serbuk koko,gula dan panaskan jgn sampai mendidih
  2. masukan susu pekat dan cair, kacau hingga sebati dgn pemukul telur, asingkan sedikit untuk topping - untuk topping ini masukan dlm peti ais untk pekatkan sikit coklatnya sementara tggu kek masak
  3. masukan telur, kacau... masukan gandum, baking powder dan soda
  4. panaskan pengukus... sapukan loyang dgn planta atau minyak masak kukus selama 45minit atau hingga masak... untk cantikkn kek tutp loyang dgn aluminium foil
  5. bila dah sejuk tuangkan topping.... mudahkan....

Selamat mencuba..Boleh hidang untuk tetamu..

Resipi: Triffle

Salam alaik,

Banyak kali aku buat triffle,tapi hari ini baru rajin sikit nak masukkan resepi dalam blog,lepas ni korang boleh cuba sebab tersangat la senang..sumpah tak tipu..aik?asal kau buat malam raya?hahahaha,,biasanya malam raya orang sibuk duk buat ketupat la,rendang la dan sewaktu dengannya..tapi aku?Ala..boleh buat pencuci mulut kan,tetamu mai kita hidangla sekali triffle tuh,kan?Dulu aku tak berminat pun nak ambik tahu macam mana nak buat triffle,sebab aku rasa benda tu susah nak buat.Hari tu kiteorang duk tasmi' macam biasa kat surau,ala biasa la kan..pelajar pompuan kan banyak mulut.Pot..pet..pot..pet..tertubik la pasal resepi tu la,resepi ni la..alih2,resepi triffle gak menarik perhatian aku.Cewah! Nasib kau la triffle..Jadik mangsa aku,,heh3..Eh? Dari tadi aku duk melalut,lupa pulak niat asal.*sebenarnya panjang lagi nak cakap..tapi aku rasa korang mesti tak sabar nak tengok resepi kan? Memandai je aku -_-'

Bahan-bahan:

  • kek gulung
  • buah-buahan dalam tin(cocktail)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu camca besar gula
  • 2 sudu tepung kastard
Cara-cara membuatnya:

  1. Susun kek gulung dalam bekas.


macam ni tau!
     2.  Tuang buah-buahan cocktail di atas kek gulung tersebut.

Bagi dye rata tau.

    3.  Kemudian,tuangkan kastard yang sudah dimasak tadi.

bagi dye rata jugak..

    4.   Lastly,tuang jeli yang sudah dimasak.


#kastard dgn jeli korang buatla sendiri..hehe..

Senang kan? Try la buat.Apa-apa persoalan bolehlah komen-mengomen ye..

Tadaaa!!! Ni la Triffle nye,,sedap taw,hehe*perasan


Sape2 yang nak rasa,datanglah rumah saya..kek batik ada sekali tau,,yummy2~
Selamat mencuba kawan-kawan...










Friday 3 August 2012

luahan hatiku

Salam alaik...
saja nak share yang baik buat teman-teman perempuanku..saya sayang awak semua sebab tu saya post bende ni..


‘Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki’


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.


Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milik’nya’ seorang.


Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebigitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.


Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dpt aku berikan.


Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain,aku dululah yang perlu menundukkan pndgnku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah.


Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku,aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?


Tidak ku nafikan sebagai remaja,aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.Namun setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan -itu kerana ia semata-mata untukmu.


Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki yang lain. Engkau berhak mendapat kasih 
yang tulen.


Diriku yang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak,berbagai macam dalil aku kemukakan,tetapi dia tetap tidak berputus asa.


Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa CInta melindungi diriku dari kejahatan.


Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu.Kau kurasakan seola-olah wujud bersamaku.
Dimana saja aku berada,akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerka hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah pasir yang wujud di mana-mana.


Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita lain. Dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.


Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s,juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w. Yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.


Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz,Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji Allah.


Akan tetapi,selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,selagi itu jangan dibazirkan perasaan tiu kerana kita masih tidak baik dalam kehidupan kita kelak.


Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari Redha Ilahi.


Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.


Bahkan aku amta bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu,menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


Akan ku keringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam air mata darah,andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.


Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah,kau akan mencintai ku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang mempertemukan kita kembali kembali di syurga.


Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni,didekati dan diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya,cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.


Yang dicari,walau bukan putera raja,biarlah putera agama.
Yang diimpi,biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai,bukan sempurna sifat jasmani,asal sihat rohani dan hati.
Yang diharap,bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang,x perlu rijal yang gemilang,kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti,bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi,andai tak sama dengan kehendak hati,insyallah ku redha ketetapan Ilahi.



ingatlah sayang...jadilah seperti mawar yang berduri..cantik!tapi berduri..



semoga apa yang baik dijadikan teladan..


sweet time!

Salam alaik!

Today I have a lot of fun with Isya..dia balik rumah aku sebab rumah dia jauh.Dan aku sangat seronok sebab ada kawan,biasanya kalau balik pun duduk sengsorang macam orang gilak..Bangun pagi je terus buat kuih raya.Jangan terkejut mekcoh pandai buat kuih raya.*ala,buku resepi kat tepi,wakaka...pastu,kitaorang buat muffin.With my sis too.So far..jadik la jugak bentuk kuih tu.Asalkan nampak macam kuih dah la.Pastu,petang tu pergi shopping kasut raya.Gila ramai sangat orang!huh..kitaorang pergi sekejap je sebab tak ada parking.Padahal aku tak puas lagi nak borong semua barang,biasalah pompuan an!Pastu....let the picture explain sebab aku malas nak tulih panjang2..

ni nama dia kuih bunga dahlia..isya tolong potong ceri*dia ugut aku suh tulih


ni biskut milo campur cornflake.

muffin coklat! walla!



ni la Isya!








Kalau ada yang berkurang,maafkan daku,cewah..sejak bila kau jadi minah bunga ni mekcoh..haih~dah tak ada idea nak post apa..rasanya cukup setakat ni.See u next time yup!

~missorkedbiru