Followers

Thursday 27 October 2011

cerpen...


Suasana sunyi sepi menyenangkan fikirannya.suasana begitu memudahkan lagi kepala otaknya menyelesaikan latihan add math.Dah memang kepala otak math.Nur liyana sesekali menekan hujung pangkal hidung.Susah juga ye.
      Tidak jauh dari situ,Mohd asyraf sedang menghendap-hendap Liyana di sebalik pokok.Fikirannya Cuma satu.Heh!!Kenalah kau.Dia mangatur langkah perlahan.Lagaknya tak ubah macam pencuri yang tak bertauliah.Satu..dua..tiga!!
“Hah!Amek kau!!”Laju tangannya membaling sesuatu tepat ke muka Liyana.Mak ai..Lipas!!Liyana terasa mau pitam.Haih!! Manusia manalah yang tak reti bahasa dan erti ketenteraman ni.Liyana mencerlung tepat ke dalam anak mata Asyraf.
“Takpe kau..ada lori ada bas..sekarang jugak aku tibai hang!!”
     “Ek?ade ke pantun cam gitu..”Balas Asyraf disertai dangan ketawa yang memang sakit hati bila dengarnya.
     “Kau!Memang tak boleh tengok orang senang sikit kan.Pantang nenek moyang aku tau.”Muka liyana dah memang macam jeruk masam.
      “Dah muka kau dari tadi duk berkerut-kerut macam org tension.Relaks la bro.Tu aku bagi hiburan sikit.Amacam? Mantap…”Asyraf mengangkat kening dengan senyum segaris.
       “Ni aku nak cakap sikit.Wahai cik Asyraf Haziq.Waktu prep orang prep.Macam mana nak jadi pelajar cemerlang kalau dah memang perangai macam ni.Berapa bulan lagi nak spm.”Ni aku nak bagi ceramah free ni.
 “Dah memang aku macam ni.Nak buat macam mana lagi.”Asyraf buat muka seposen.
“Berubahlah ke arah kebaikan.”
     “Apala pakai ayat skema.”Liyana mencebik. “Aku bagi ceramah free ni.Bersyukur jela.Aku rasakan kalau kau mentadbir negara,mau hancur maa..” Serentak ketawa mereka berdua pecah.
Tidak jauh dari mereka,ada dua pasang mata yang sedang melihat adegan tadi.Senyuman terukir di bibir masing-masing.Kena la kau Liyana..

    “Wey!Wey! Berita panas! Sensasi..” Suara Faiz dan Haikal bergema di dalam kelas 4 Anggerik.
 “Apasal kau ni macam baru habiskan larian marathon je.”
      “Haa..ni nak cerita ni.Tadi,kami berdua terskodeng Liyana dan abg Asyraf tengah bercintan kat pondok.Kau tak rasa ke yang dyeorang ada apa-apa la.”Faiz tersengih-sengih macam kambing.Dalam kepala otaknya sudah set satu stratergi untuk mengenakan mereka berdua,Cantek!!

Liyana mengatur langkah menuju ke dorm.Kepala dah berserabut.Dah tak boleh fikir dah.Rasa macam nak terbang pergi kat katil je.Tudung di sangkut di kepala katil.Mr.Teddy erat dalam pelukannya.Baru sahaja nak masuk alam lain.Telinganya cepat menangkap suara-suara sumbang kawan-kawannya.Mengumpat lah tu.Takde kerja lain yang lebih berfaedah ke.Mengaji ke..Tiba-tiba,dia terdengar namanya disebut-sebut.Takkan ngumpat aku kot.
“Korang story telling pasal aku ae?”
“Eh.Mana ada.”Takkan aku silap dengar kot,telinga aku okey lagi.
“Ala..baik kau cakap face to face dengan aku.Senang cerita.”
“Err..Kau dengan abg Asyraf ada apa-apa ke?”Teragak-agak Aqilah Tanya.Mau hangin satu badan memang tempah maut la.
“Ada apa?Setakat kawan tu ada la.Kenapa?”
   “Takde la.Abg Asyraf tu kan kegilaan ramai.Mana aci kau main aci redah je tak ajak kita org.”
     Seriously aku cakap,kami memang berkawan je.kawan…”Mulut siapa pulak yang celopar ni.Memang nak makan selipar jepun aku betul.
      “Yela..mula-mula kawan lepas tu cinta.Tak de yang mustahil kan.”Suka hati kau la.Layan tidur lagi best dari layan korang.Liyana tayang muka toya.Kalau dah awal-awal dengar cerita orang,confirm cerita sebenar aku dah tak laku.

Asyraf...asyraf..Takde nama lain dah ke..Terpaksalah kau kena tadah telinga..Aku bagi jugak kasut aku ni karang.Baru tahu langit tu tinggi ke rendah.Washing machine ok gak..haha..
Semakin lama gamat satu sekolah pasal humor dia dengan Asyraf.Tak faham aku.Susahla nak bekerjasama dengan orang yang tak reti bagi kerjasama.Semakin lama kepala otak rasa nak pecah.Sungguh tak tipu.Serabut gile..Tak tahan...tak tahan..

"Qila.."Liyana mencuit bahu Qila..

"emm..pehal??"

"Budak laki tu yang baru pindah sini kan.Boleh tahan.."Hah! mulakan operasi..Rancangan aku mesti berjaya..Semalaman tak tidur sebab fikir yang tak sepatutnya difikirkan.Aku akan cakap kat semua orang yang aku minat kat budak tu.Boleh tutup kes aku dengan Asyraf.Mantap!!

"Haloo..hidup lagi ke kawan aku ni.."Qila melambai-lambai tangan di muka yana.

"nasib baik tak de orang.Kalau tak sah aku suspek orang tak siuman."Ketawa Yana pecah.

"ok pe orang gila."

"Bukan orang gila la..kejam je bunyinya..orang kurang siuman.Hah..pehal kau tanya pasal mamat tadi tu?Jangan la kau cuba dekati dia.Orangnya pendiam je.Harap muka je handsome.Jangan cakap kat aku yang kau suka dia sudah."

"Aku suka dia." Liyana..Rasa nak amek kasut hantuk kat kepala je.Nasib badanla..

Dan saat tu juga Qila rasa nak pengsan. "Kau biar betul."

"Betul la.ingat ni program realiti show ke apa.Amacam.."Kening liyana terangkat.

Senang sikit kerja aku kalau bercerita dengan Qila.Sekali je Cerita kat dia,berkali-kali dia cerita kat orang lain.Tak payah la mulut aku letih pasal nak jual cerita ni.haha..TERBAEK!!!

    Seperti yang dijangka.Memang cepat berita tu tersebar.Terima kasih bebanyak kepada Qila.Tapi,lama-kelamaan,hati dia entah kenapa berdebar-debar bila bertembung dengan mamat tu entah lupa nak tanya nama.Tolongla hati jangan buat masalah.

******

Petang itu..entah angin apa yang membawanya ke court bola keranjang.Padahal kat situ la tempat di mana mamat tu selalu lepak.Hantu mana la yang sampuk aku.Sedang dia asyik termenung entah sampai ke Sydney la kot..Ada satu suara yang menyapanya.Seram sejuk yana dibuatnya.Mamat tu...ada kat depan mata aku.Tak pernah dia menggelabah macam tu.

"Boleh saya duduk"

"Setahu saya kerusi tu bukan saya punya" Kenapa lancar sangat mulut tu Yana.

"Emm..Nama saya Akif Hilmi." Mak ai.. ber'saya' awak la pulak.Nak balas apa..'nama saya liyana?' my name is liyana..sumpah aku tak pernah gugup macam ni.

"Ow..me..Liyana..panggil yana je."

Dan ketika itulah hati dia berbunga riang.Tak pernah dia jadi macam tu sebab lelaki.Sungguh dia cakap memang dia dah jatuh hati kat AKIF HILMI. gile!! Menyesal ke sebab pura-pura jatuh cinta tapi at last dia yang terjatuh.?Rasanya sampai bila pun dia tak dapat nak jawab persoalan tuh..Sampai bila..Tapi yang pasti dia bahagia dengan keadaan hatinya tika itu.Tapi,cam tu la..jodoh,pertemuan,ajal,maut di tangan-Nya.Kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan..

AND THE REST IS HISTORY...


created by: syahirah aisya
idea asal:liyana saudi..


p/s:Yana..penat tau nak habiskan ni..actually panjang cerita dia..kite pendekkan..hehe..
sory tau..=D 

Tuesday 18 October 2011

jom solat..




Dakwah Solat
www.iluvislam.com


Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.
Wahai Para Pendakwah...!






KAMU... Mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu al-quran dan hadith. Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
- Al-Baqarah, 42 -

Wahai para dai'e,
Dengarlah rintihan dan permintaan daripada kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan daripada kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.


"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

-Ali-Imran, 104 -

Wahai para dai'e,
Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.

"Zuhud-lah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhud-lah terhadap apa yang ada di tangan manusia maka manusia pun akan mencintaimu."

- H.R Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad hassan -

Wahai para dai'e,
Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami, bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.

Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat, seperti mana Rasulullah saw apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab

"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal" 

- H.R Malik, al-Syafi'e -


Wahai para dai'e,
Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.


"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

- Al-Baqarah, 44 -

Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya".
- Ad-Dhuha,11 -



sama-sama kita mencegah kemungkaran..
amar makruf nahi mungkar
~perindu syahid-Mu~




Salahkah Bila Berubah?


Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya. Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...

“Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni.”

“Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing.”

“Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover.”

Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala. Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi. Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, “Bangun Subuh!” Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat. Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek.

“Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni.”

Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat. Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya. Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir. Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu. Mukanya berkerut menahan kesakitan.

“Kau tak apa-apa ke?” Izzat bertanya.

“Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?” Aliuddin bersuara garang.

Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin. Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit. Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada. Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali? Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?

Esok cuti sekolah bermula. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya. Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui. Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.


I               –            Isyak
S              –            Subuh
L              –             Luhur (Zuhur)
A             –             Asar
M            –             Maghrib

Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.”

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Izzat, sahabatmu.

Bas meluncur laju membelah malam. Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin. Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas. Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.

“Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya.”

“Budak-budak tu la…” mulutnya memuncung ke satu arah.

“Budak-budak mana?” Izzat mencari-cari kelibat orang.

“Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid. Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik. Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!” Satu tumbukan padu dilepaskan. Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.

“Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah.”

“Meh sini aku check.” Izzat membelek-belek muka Aliuddin. “Ish…” Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. “Dia saja main-main kot.”

“Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat.”

“Biarlah… Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free.”

“Pahala free? Kenapa pula?”

“Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa.”

“Owh… ye ke?” Izzat mengangguk. “Aku dapat pahala?” Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok. Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.
Berhimpit jerami di balik meranti,
Saying cemara akar terendam,
Kasih bersemi ikhlas di hati,
Menyejuk bara menghilir dendam.
~Sufaezah ~


hayatilah~~
ikhlas~~syahirah aisyah

Monday 17 October 2011

kebosanan thap gbang..

assalamualaikum and very gud morning..ari ni duk kt mkmal ict dari pagi smpai balik..sbenarnye kteorg ade hafazan..tpi,gitu arh..ustazah x tau pegi mana..nak citernyer selama 3 ari dh duk kt kaka ni..mmg bosan tahap gabang..rutin harian sy,mekti dan alia ialah..pg..g skoloh kul 8..kt skoloh..tgok cter kt apd..bini2ku gangster..lps tu..blek kul 11.45..setibanye sy d aspuri trus pecah msuk blik tv..kte org tgok tv smpaila ptg..tepat kul 9 mlm..kteorg smbung balik tgok tv..tibai jer cter ape..smpaikn sblum ni x pernah tgok animal planet jdi ske tgok..cume yang berbezanyer hari ni kte org mai kul 7.30..lpas kne smbur d tc.kema smlam..(pdan mke kmi)..tpi yang mlgnyer..nama ak yg x pernah ada lam buku disiplin,boleh ade ari ni..adoyai..mekcoh mencatat sejarah..kelaass kau mekcoh!! haha..(pdahal aku pngawas) ala cikgu..skali skale..hihik(tgh tayang mke kecian..)nasib badanla mekcoh..tpi kn..ade satu yg sy suke..heh! alang2 x de org ni..ape agi bermaharajalelalah kteorg d aspuri..(aras aku jer)..em,bnyk lagi sy nak kngsi..tpi laen hari ek..kwn2..x yah dtg lgi pon takpe..~freedom~ 

takwa dan keyakinan diri

umat yang yakin pada diri dapat mengawal kemarahan dalam menghadapi kritikan,teguran,kesedihan,kegembiraan dan kebencian..

firman Allah S.W.T:
"syurga seluas langit dan bumi itu akan diwariskan kepada orang yang bertakwa,yakni mereka yang mengekang rasa marah,memanfaatkan harta dan ingat segera kepada Allah apabila melakukan kesalahan."
(surah Ali-imran:(133-134)

kata hukama"jika kita dapat menguasai diri kita,kita akan dapat menguasai dunia.'ertinya,denagn menguasai diri kita sendiri,pengaruh kita untuk menguasai orang lain,merubah keadaan dan mencorakkan suasana luaran akan meningkat.Itulah sebenarnya sifat org yang bertakwa.Hati mereka terikat dengan Allah.

Ketika Rasulullah s.a.w menerangkan tentang takwa,baginda telah bersabdayang bermaksud:
"Takwa itu disini(sambil menunjukkan dadanya).

lupa nak bagi salam..hehe..assalamualaikum w.b.t...tdi tu bru mukadimah..insyaAllah ana akan berkongsi bnyk lgi dgn antum dan antunna semua..semoga kita semua dlm keredhaanNya..amin..