Followers

Thursday, 10 November 2011

kehidupan

Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulahselepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali


Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kita akan sabar
Ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Membuat adalah nikmat dari Tuhan

perindu syahidMu

cerpen~

KRINGG!!!!
‘Hisy!ape bsing2 ni…’gerutu Syazreen..Mne taknya..alarm dari tadi bunyinya.Hah!!!Dah lambat ni..Adoi!!Mampus aku kena tadah telinga di prof nanti.Dicapainya tuala lalu mengatur langkah ke bilik mandi.Hari ini dia tampak biasa dengan seluar jeans dan baju T-shirt lengan panjang warna biru.Rambutnya diikat ekor kuda.Dituruni tangga dengan tergopoh-gopoh.Kalah aksi dalam drama tu.”Pagi mummy.Pa mana my?”Roti dicapai lalu disuap ke mulut.”Isy!Kamu ni.Kalau yer pun,duduklah dulu.Dah pukul berapa ni.Pa dh lama pergi ofis.”Ayien sengih menunjukkan baris giginya yg tersusun atur.”Ops!Pergi dulu yer mummy.Bye.Mmuah.Puan Sarah menggeleng-gelengkan kepala.

“SYAZREEN!!”                                                                                                                                                                    “Jumpa saya lepas kelas.”Dia hanya tersengih-sengih.Adoi!!Aku kene cepat-cepat buat temberang ni.Nabila menyiku kawannya itu yg sudah manapak tangan di dahi.”Opocot!!Isy kau ni.Kalau yer pun bagilah signal dulu.Apa?” “Kau ni kenapa cari penyakit lagi ke hari ni.Semalam kau dah datang lambat.Hah,apa kau nak kelentong kat prof kali ini.Takkan sakit perut lagi kot.”Nabila sudah lali dengan penipuan  budak ni terhadap prof.”Kau tengok aje lah nanti.Hey,ini akulah,Ayien anak Encik Azhar.Haa,taula aku nanti.”Dia senyum dengan mukanya yang slumber rock jer.”Apa-apa lah kau.Malas layan.”

 “Hai Ayien.You…”Belum Riz sempat menghabiskan ayatnya.“Busy!!”Ayien blah dengan muke selamber nyer.Dia munuju ke bilik Prof Zaidi.Otaknya sudah berligat-ligat menyusun ayat.”Ya prof.Ada yg saya boleh bantu?”Dia membuat mimik muka cute.Ambik hati prof lah katakana.Alamaknya denda lah jawabnya.”Masuk kali ini,awak dah empat hari datang lambat ke kelas saya.Sakit perut lagi ke?Atau helping someone in the trouble and now you in trouble?”Alamak!Tu alasan aku sebelum ni.”Tak prof.Isy..Takkan lah hari-hari saya macam tu.Erm,sebenarnya,skuter sy buat hal pulak tadi.”Dia menatap muka prof.Ya Allah,mintak-mintaklah dia percaya.”Saya tak akan denda awak…” “yes!!” “Kecuali….awak terima sorang mentor.Keputusan exam awak kali ni tak beberapa memuaskan hati saya.So…” “Alamak prof.Kan saya dah lulus,kira okey la tu prof.” “Atau awak nak saya denda awak?” “eh!Jangan prof.Okey…okey.Saya ikut prof.”Dia menggaru belakang kepalanya yang tak gatal. ‘Aiseh!!Pakai mentor-mentor lah pulak.Ingat ni program reality show ker apa.’Kedengaran bunyi ketukan pintu. “Masuk!” Seorang lelaki masuk dengan lagak seperti orang bijak.Ayien memandang atas bawah. ‘Cuma t-shirts biasa dipadankan dengan seluar slack hitam.Muka ada iras-iras macam pelakon Hindustan.Hensem jugak mamat ni.’Gerutu Alisya. Student baru kot.tak rajin nampak pun. “Awak kenal Raffi?”Dahi Alisya berkerut.Siapa pulak tu? “Course?”Business Management juga.” “Prof,I’m new student.”.Profesor Zaidi menarik fail dihadapannya. “Raffi,saya nak awak jadi mentor kepada Ayien.”Tenang Profesor Zaidi menuturkan kata. “Tapi prof..” “No rejection!”
       
 Sebaik sahaja keluar,cepat-cepat Ayien beredar,namun. “Miss! Esok jumpa kat café around 2 pm.” Hah! Gila mamat ni.Aku sumbat jugak dengan kasut aku ni. “emm” Ringkas saja jawapan dia.
“Assalamualaikum..”Ayien menapak masuk ke dalam rumah dengan muka yang moodnya entah hilang ke mana. “Awalnya anak pa balik hari ni.”Ayien menyalami tangan Encik Azhar.Dia memandang sayu wajah papa nya.Terdetik di hati perasaan kasihan kepada papanya itu.Sibuk memanjang. “Sayang,kanapa tengok pa macam nak makan ni?”Ayien hanya mengukir senyuman. “Boleh gak makan pa,perut dari tadi dah berbunyi ni.”Papanya mencuit hidung anaknya. “Amboi-amboi,macam pasangan suami isteri ni.” “Ala..Pa,ada orang dengki la kat kita kan..Isy3..Kecian..”Ketawa mereka berderai.Ada saja lawaknya dalam famili ni. “Along mana pa,mummy?”Teringat pula abangnya.Dari tadi belum nampak.Kat kampus pun sama. “Dia ke Johor tadi.Katanya ada kawan accident.Teruk jugak la.” “Tengok kawan ke,bakal kakak ipar Ayien?” “Isy!kamu ni,ke situ pulak nya..” “Apa salahnya kan Yien,dapatlah saya timang cucu nanti.” “yes!Ada orang back up.” “Anak dengan ayah sama saja.Tak habis-habis nak nyakat aku.” “Ok la.Ayien nak naik mandi dulu.Lepas ni Ayien turun balik.”
               
         Sebaik sahaja Ayien keluar dari kamar mandi,Mak Mah sudah tercegat di depan pintu. “hari ni Mak Mah ada buat kuih kesukaan Ayien,kuih koci.Jom turun.” “Wah!Makan sedap saya petang ni.Mak Mah turun dulu,nanti Ayien turun.”Sebaik sahaja pintu ditutup,dia melompat ke atas katil.Dicapai laptopnya dan terus log in yahoo messenger.Sejak akhir-akhir ni,dia berchating dengan sorang budak laki yg tua setahun darinya.Umrnya sama macam along.Sebab tu selalu bangun lambat.Dia tersenyum mengigati incident pagi tadi,tapi….wajahnya kembali masam mengingatkan budak tadi.Hisy kacau daun betul la.Dia memasang headset ke kapala.Backstreet boys-I promise you berdentum di telinga.

^_^im:Salam….

Aieyen:Wassalam…….yup?

^_^im:Nothing.Whats up today?sounds like your in trouble.May I?:)

Aieyen:Tadi ada problem kat kampus.Malam nanti saya janji cerita kat awak.My mom call me kat bawah.

^_^im:Promise ek..ok,Salam…Bye..Luv u..

        Ayien malas melayan dengan ucapan itu.Dia tahu,kalau dilayan makin menjadi-jadilah jawabnya.Selasai menshut down kan laptopnya,segera menuruni tangga menuju ke taman.Disitulah tempat mereka sekeluarga beriadah.’Bersiap sedia lah kau dengar leteran mummy nanti.Habis kan kuih aku tu.’Kedengaran suara abangnya. “Hai!”Ayien mengambil tempat duduk di sebelah pa. “Assalamualaikum..”Terus abangnya menjawab. “Abang ni..Pa…” “Betul apa abang cakap,kan mummy.”Syah tersenyum kemenangan. “Sudah lah tu.Makan cepat.”Puan Sarah menyampuk. “Hai!Gembira nampak..Almaklum la kan,baru jumpa buah hati..Siapa tak happy.”Syah mengumam’tak pe ada hari aku balas’Ketawa mereka berderai. “Tak tahan tengok muka abang gitu.Macam budak umur 5 tahun jer.”Akhirnya Syah turut sama ketawa. “Sudah la tu.Jom masuk.hari dah nak malam ni.”Puan Sarah dan Encik Azhar beredar ke dalam rumah.Sementara mereka pula masih disitu. “Apa lah adik ni.Kalau nak kantoikan abang pun jangan la depan mummy and pa” “Alahai,dik gurau jer la.Ayoo.. Buruk sangat rupanya abang merajuk. “Dik,abang mintak tolong boleh?” Syah membisikkan niatnya di telinga Ayien. “Hah!Eiee taknak.Kalau nak cari penyakit tu jangan lah libatkan orang pulak.”Tempelak Ayien. ‘Ada ke suruh aku jadi girlfriend dia depan budak tu.Naye aku dibuatnya’Gumam Alisya.Syah di depannya sudah membuat muka cengkodok baby nya. “Mintak simpatilah tu.Ok lah,but promise me kalau dia serang adik,abang bertanggungjawab ek.Bila tu?” “Yay,sayang adik.Malam ni abang bagitau plan abang.Barula namanya adik mithali” Syah mencubit pipi adiknya sampai merah dibuatnya.
       
      Ayien bermanja-manja di atas katil.Assingment yang diberi oleh prof sudah disiapkan.Nasib baik buat dalam group.Tiba-tiba bunyi di laptop kedengaran tanda ada mesej masuk.

^_^Im:Salam..

Aieyen:Wassalam…Dah makan?

^_^Im:Dah..caring nampak..jadi wife saya lah ek..:)hehe..

Aieyen:Eiey..jangan nak mengada..tolonglah…

^_^Im:Hah,nak mintak tolong ae..boleh..boleh..

Aieyen:Loyar buruk nampak..Dahla,tadi kata nak dengar cerita saya..

^_^Im:Ok ok..jangan marah,nanti cepat tua tau..
  
     Ayien tersenyum..Satu lagi sikap mamat poyo ni yang disenanginya..Senang bercerita masalah dengannya walaupun dia sama sekali tidak mengenalinya.

Aieyen:Tadi kat kampus entah mamat mana yang prof suruh dia jadi mentor saya.Leceh betul main mentor-mentor ni.Padahal subject tu bukannya saya tak lulus.Ada jer nak kene backhand aku karang..

^_^Im:Alahai..tu jer..rileks la..thats for your goodness too..Siapa mamat malang tu?

Aieyen:Eleh..kalau bagitau pun bukannya awak kenal..Tak silap saya,Raffi kut..Dahla skema..

^_^Im:Wak,malam ni saya nak keluar..Saya chow lu ek..Salam..gudnight..
      
      Alisya menekan butang off..Dia membaringkan tubuhnya..Matanya terasa amat berat sekali..Akhirnya,terus terlelap.. ‘Selamat malam dunia’Alisya mengeluh…
 ******
       Riz mengambil kunci motornya..Malam ini dia akan keluar lepak bersama geng motor yang lain.Syah turut sama..Kebetulan ada benda yang ingin dibicarakan bersama Syah.Tiba-tiba kotak fikirannya melayang mengingati gadis manis yang berlesung pipit satu di kiri.Cantik betul budak tu..Dia mengeluh..Mana mungkin kalau dia mengatakan hasratnya kepada gadis itu, pasti gadis itu menolaknya.Kasihan Ayien.Tak tahu bahawa Im tu aku.Baik aku cakap awal-awal sebelum budak yang entah-apa-nama-dia rampas aku punya.
     
       Seperti yang dirancang Syah,mereka akan berjumpa di Secret Recipe ini. ‘Huh! Menyusahkan betul..Orang nak buat mende lain pun ganggu jer.Mana pulak ni..’Ayien tekun menunggu abangnya di café.Seminit….dua minit……tiga minit…Tiba-tiba bahunya disergah dari belakang. “Oo..mak kau..!”Segera ditekup mulutnya selepas menyedari dirinya diperhati.Dia memandang tajam ke arah Syah yang sudah mengambil tempat di hadapannya.Syah belum kehabisan ketawanya.Segera senyap apabila lihat Ayien yang sudah merah mukanya. “Kay..jangan marah dulu..Sorry lambat.Apa kata kita minum dulu…jap,abang pesan” “Bang!Nampak tak ni?Dah dua gelas adik minum”Ayien memuncungkan mulutnya.’Gila!Waste my time betul la..’Syah tersengih.. “Hah!Tu dia dah datang dik..Cepat..”Kelihatan Faizura sedang berjalan kea rah mereka dengan lentoknya yang gedik.Syah berdehem kecil. “Sayang…Abang dah tak sabar nak kawin dengan sayang..”Syah memulakan lakonan mereka.Dipegangnya tangan Ayien erat lalu menciumnya.Ayien tersenyum manja.Senyum plastik sebenar-benarnya. “Eh..bby..Comotla…”Ayien mengelap pipi Syah dengan tisu..Lembut..Dia memaling mukanya di dinding..Eeiiey…Geli aku..Gumam Ayien.Faizura sebentar tadi senyum gembira kini mukanya tak ubah seperti jeruk masam.Dia menghentak-hentak kakinya sebelum berlalu pergi.Ayien melepaskan tangan dan terus mencapai beg galasnya. “Eh,dah nak pergi.Kita lunch berdua la hari ini.Abang belanja..Ya sayang..”Syah mengajuk kata-kata tadi..Dah tak sabar rasanya nak cerita kat geng yang lain.Pasti mereka gelak habis-habis. “Sayang?eeiiy..Orang ada hal lain la..Bersyukur jela adikmu yang comel ni dah tolong.” “Bersyukur sangat..Alhamdulillah..”Syah meraup wajahnya. “Malas layan..Bye..”Ayien beredar dari café itu..jam di tangan sudah menunjukkan sudah hampir 2.30 petang..Alahai…Dah lambat ni..Dia memecut laju skuter Ego..Sampai saja di café,dia mencari-cari kelibat Raffi.Hah!Tu dia..Dia berlari-lari anak kea rah meja Raffi. “Sorry lambat.Ada hal sikit tadi.Privacy..”Raffi memandang muka Ayien…Lama… “Apa ni..Tengok macam nak makan jer.”Ayien memalingkan wajahnya ke arah lain.Entah,jantungnya berdegup pantas apabila direnung begitu. “It’s okay..memandangkan hari ni first date kita..saya maafkan.Anyway…my name is Raffi.New student from Kuantan.”Student baru rupanya.Patutla tak pernah nampak. “Aku,Ayien..Mantee kau.”Ringkas sahaja jawapannya. “Dah ada idea nak buat projek apa?”Raffi memulakan bicara. “Aku yang kena fikir ke?”Ayien memandangnya kembali dengan muka kelam tak berubah.Raffi mengeluh. “Kau bagilah cadangan,aku terima jer.”Ayien menuturkan selamba acuh tak acuh. “Awak fikir la.Next Tuesday kita jumpa.Kat sini jugak.”Raffi meninggalkan Ayien yang mukanya blur saja. ‘ceyh! Tu jer..Leceh btol mamat ni..’

          Ayien bermalas-malasan di atas katil.Ingatannya melayang kepada Raffi.Kenapa jantung aku macam nak tercabut ek masa Raffi pandang aku.Gila! Adoyai…kenapa boleh terfikirkan dia ni..Ayien mengetuk-ngetuk dahinya. “Ayien!!” kedengaran mummy memanggilnya di bawah. “Ya mummy!!” “Lepas isyak nanti kita nak pergi rumah aunty Zakiah.Cepat siap tau..Jgn lupa pakai baju kurung biru yang mummy baru beli tu yer!!” “Yela…”Pendek sahaja jawapan Ayien.Moodnya kureng baik.Ni mamat tu punya pasal la.Ringkas saja dia bersiap..Dipandangnya wajah di cermin..Dia mencalitkan lip ice di bibir..Dah…siap..

     Perjalanan hanya memakan masa 10 minit sahaja kerana rumah aunty Zakiah hanya di perumahan sebelah sahaja.. “Ni kenapa muka monyok jer ni..Pakwe lari ker..” Suara Syah memecah ruang di kereta. Ayien memandang tajam ke arah abangnya. “Nak cari gaduh ae..Nampak ni?!”Soal Alisya sambil tangannya digumpal. “Mak oi! Adik aku ke ni.” Syah masih belum mahu mengalah.Ayien mengeluh. “Badmood la tu.” “Dah la tu..Hah! dah sampai pun.”Encik Azhar memarkingkan kereta jauh sedikit supaya tidak berlaku kesesakan.Sebaik sahaja keluar dari kereta,Ayien terus menendang kaki Syah. “Adoi!! Agak-agak la dik..”Ayien masih dengan muka slambernye.Dia memang langsung tak de mood nak bercakap,bergurau seperti biasa. “Mummy! Tengok adik ni..” “Mula la tu..yang abang sibuk-sibuk kacau dia tu ape hal?Dah..dah..jom masuk..”Puan Sarah dan Encik Azhar berlalu ke perkarangan rumah.Ayien menjelir lidah lalu masuk ke dalam rumah sementara Syah masih lagi menggosok-gosok kakinya.Di pintu masuk,Ayien hampir melanggar seseorang.Dia memandang atas.Riz… “Sorry.” Alisya terus beredar. “Woi! Apa hal dengan adik kau tu.Monyok benar mukanya.”Riz menepuk bahu Syah. “Entah aku pun tak tau.Badmood kot.Eh,semalam kau ada nak cakap dengan aku kan.Sorry la beb,semalam aku ada hal.Hah,cakapla sekarang.” “Tak pe lah.Tak penting sangat pun.Lupakan saja.”Sebenarnya dia masih takut…takut dengan keputusan Ayien…takut untuk berhadapan dengan Syah apabila mengetahui yang dia sudah berbohong. “Hoi!! Nasib baik tadak orang.Klau ada confirm dia orang kata aku gila.Yang kau ni ada masalah ke.Atau kau dah angau?Siapa gadis malang tu?”Riz tersenyum. “Kau ni memandai saja.”Riz menarik nafas panjang.Cakap sekarang la “Sebenarnya,aku….” “Abang!!Mummy panggil.”Belum sempat Riz menghabiskan ayatnya. “Hah!Pergilah.”Riz masih terkejut dengan sergahan Ayien tadi.Nasib baik belum terluah lagi.Syah mengorak langkah ke arah mummynya.Belum sempat Ayien beredar,Riz memanggilnya. “Ayien!Tunggulah I.taknak ajak I sekali ke?” Ayien memandang Riz di sebelahnya.Dia menjeling tajam sebelum beredar.Riz menelan air liur. “Ma oi!Garangnya.Tapi tetap cute.”Dia mengeluh. ‘Ayien.Aku tidak akan putus asa.’Comelnya dia!!!

      Majlis berjalan lancar.Ayien juga turut mmbantu di dapur.Aunty Zakiah tersenyum melihat Ayien.Teringin sekali dijadikan menantu.Dia mengenangkan Riz.Mana mungkin Ayien menaruh hati padanya. “Aunty! Kenapa tengok Ayien macam tu.Aunty lapar ke? Kejap saya ambil makanan untuk aunty.”Guraunya. “Ayien ni.Memang niat aunty pun nak makan kamu.Nak ikat kamu jadi menantu aunty.”Ayien tergamam.Aunty Zakiah memang di anggapnya seperti ibu sendiri. “Seronok berbual ya Kiah?”Tiba-tiba suara mummy kedengaran. “Yela..seronok tengok Ayien buat kerja.Manis jer.Kalau boleh nak buatkan menantu.”Sengaja dibicarakan hal itu. “Isy kamu ni.Dia orang muda lagi.Biarlah mereka habiskan belajar dulu.” Mummy nya dapat merasakan Ayien tidak selesa  membicarakan hal tentang dia.Di luar Ayien senyum seperti biasa tapi hatinya tidak.
      
       Ayien menyalami Aunty Zakiah.Begitu juga mummynya.Di dalam kereta,Ayien memikirkan hal yang dibicarakan tadi.Dia mengeluh panjang sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Adik! Kenapa ni..Dari tadi abang tengok asyik termenung jer.Kalau pasal tadi….sorry..”Ayien geleng kepala lagi.
   
       Sampai sahaja di rumah,dia terus menaiki tangga ke biliknya.Dia merebahkan diri di atas katil.Suasana kelam di dalam bilik menambahkan lagi gundah di hati.Dia pun tidak pasti kenapa.Terasa ada air hangat di pipi.Macam mana kalau mummy dan pa nak jodohkan aku dengan Riz?Dia menghantuk kepalanya dengan bantal.Gila! Tapi,kanapa masa Raffi tengok aku dah menggelabah?Kenapa…
      
                  Sedang dia menyiapkan paperwork yang baru sahaja diberi oleh prof. “Ayien!” Ayien memalingkan wajahnya kearah Riz. ‘Apa pulak mamat ni nak.’ “Yup! What’s up?” nasib baik mood ada.. “Nothing.Jom minum..I belanja.” Belum sempat Ayien membalas,tiba-tiba kedengaran seseorang memanggilnya.Raffi.... “jom lunch sekali siapkan you punya projek.” Ayien memandang kedua-dua pria di hadapannya.Oppss!! Macam mana ni.. “Yien! Jom lunch.”Ajak Lia. “Sorry guys.Aku pergi dengan Lia.”Rasa nak terguling ketawa kat situ jugak.Mana tak nye.Nampak aje Lia kat situ,Terus pakai main isyarat mata.Sungguh dia tak tau nak buat apa dah.
 
     Ayien dan Lia slap hi-five.Ketawa mereka pecah. “Tapi,kau tak rasa kesian ke kat mamat-mamat tuh.Dah la handsome” “Helo! Mata kau rabun agaknya.Mamat cenggitu kau cakap handsome,pigi da”Tapi,sorang tu mmg la handsome sampai gila aku di buatnya. “Aku memang rabun.Sebab tu aku pakai spec ni.” “Kau pernah tak rasa kasut kat kepala?”
Jam di tangan dah masuk berapa kali di pandang.Kata pukul 2.Pukul 1.59 aku datang tapi ni dah pukul 2.15.Apalah nasib aku dapat mentor yang tak bertauliah ni. “wey!” “oo..mak kau!” Ketawa Affi pecah.

“Kureng punya mentor.Nasib baik aku tadak sakit jantung.”

“Melamun.”

 “Suka hati aku la.Kenapa nak jumpa?Kan dah hantar paperwork tu.Bertuah aku dapat mentor sebijak kau.”
 
“Tau takpe.Tak tau tanya.” Nak berlawak la pulak dia ni.

“Kau tahu.Yang paling aku tak tahan sekali bila tengok muka prof Zaidi macam nampak David Guetta lalu depan mata.”

“Elliot Yamin?”Ketawa mereka pecah.Pelik kan Ayien dan Affi berbaik.Itula namanya takdir Tuhan dan masih ingat lagi.Waktu tu..

“Mantee?Kenapa dengan kau?”Affi pelik..mantee aku nangis?
“Raffi..my daddy..dia..dia..”Ayien masih terkejut dengan panggilan dari abang tadi.Terasa macam nak pengsan kat sini jugak.Kepala otak dah tak boleh fikir.
“Raffi..take me to hospital sekarang.I rasa tak boleh drive.”

     Sejak kejadian itulah hubungan mereka boleh rapat.Kalau tak cakap memang tengok meja je.Tanya sepatah jawab sepatah dengan muka memang tak boleh di tafsir.Yang sorang tu selalu nak cari gaduh dan sorang lagi tu muka memang tak de perasaan.

“Melamun lagi.Kenapa dengan kau?”Ayien geleng.

“Sepatutnya aku la kena tanya kau kenapa nak jumpa aku.Macam la kat kampus tak jumpa.”
Affi buat muka serius. “Yien.Sebenarnya ayah aku kena tukar kerja kat Sydney.And…aku pun kena pindah sana.”

“Habis? Kenapa kau cakap kat aku?”Muka Ayien tak beriyak.Padahal dalam hati hanya Tuhan je tahu.

“Aku saja je..Kau tak sedih ke mentor kau nak pergi jauh tu.”

“ex-mentor kay.Em,tak kot.”Ayien ketawa.

“Ha ha.Aku tengah buat lawak ke?”Muka Affi serius.

“Congrats to you.”Tenang sahaja muka Ayien.Sangkaan Raffi Ayien bakal sedih bila dia beritahu yang dia akan pindah.Ternyata betul hati gadis itu milik orang lain.Perasan la kau Raffi.
Damn!!!
Pintu bilik di tutup sekuat hati.Betul sangkaan aku yang dua orang tu memang ada apa-apa.Kenapa dia?Kenapa bukan aku?Apa kurangnya aku?Dari sekolah menengah lagi Riz menyimpan perasaan terhadap Ayien.Dah bermacam cara dia buat untuk memenangi hati gadis itu.Betapa sakitnya hati melihat kemesraan antara Ayien dan Affi.Tuhan..Rasa macam nak telan Clorox jer.
Kulit kacang bersepah atas karpet depan tv.Sesekali dua makhluk itu ketawa.Siaran kartun tom and jerry terpampar di televisyen.Padan muka jerry.Selalu aje kena pada perangkap sendiri.Bijak betul kepala otak tom.Harap badan je kecik.

“Dik.”

“Hmm?”Jerry mengejar tom.Memang kalau kucing jumpa tikus macam tu ke?

“Abang dengar adik dengan Raffi rapat sekarang.”

“Hmm..”Pandangannya masih di skrin tv.Kepala Jerry dah naik benjol dek pukulan tom.Mug berisi milo di bawa ke mulut.

“Adik dengan Raffi tengah bercintan-cintun ke?”

Hampir tersembur Ayien mendengar soalan abangnya.Dalam spm tak la sampai tertubik soalan cam gini.

“Kenapa abang tanya soalan bernas ni?”

“Dah abang terdengar cerita pasal adik.Nak jugak dengar sendiri dari mulut adik.Mana aci adik dapat pakwe tak cerita kat abang.”Syah membuat muka seposen.

“Abang dengar dari siapa ni?Riz?”Sah la budak tu yang bagitau.Kureng asam abang aku punya kawan ni.Kawan aku jugak sebenarnya.

“Eh..ape kaitnya dengan Riz pulak ni.Cepatla..Adik betul-betul suka kat dia ke?”Abang aku ni memang la.Bab nak korek rahsia nombor satu.Aku nak korek dia punya rahsia bukan main susah lagi.

“Entah la.Adik pun tak tahu nak classify kan macam mana.Tapi abang tahu kan adik mana suka bab cintan-cintun ni.”Syah hanya menggangguk kepala.Tekun je dengar luahan hati adiknya sorang ni.

“Tapi,adik tak tau kenapa,first time pandang dia rasa cam lain macam je.Tapi adik suka kalau kawan je.Tapi..”

“Hah banyak la adik punya tapi.Adik,dah kalau memang rasa macam tu,cinta la namanya tu.Kita sebagai manusia memang tak boleh lari dari fitrah.Minat kat seseorang memang tak salah tapi kenalah jaga batas-batas pergaulannya.”Panjang lebar nasihat seorang abang kepada adik yang tercinta.

“Ni orang tak nak cerita kat abang ni”Ayien memuncungkan mulutnya.
Aik?Pehal pulak adik aku ni.Salah ke aku cakap.

“Tengok..tak pasal-pasal abang buka ceramah free kat sini.”

“Ceramah free untuk adik je.”Dia menggosok kepala adiknya.

“Apa abang ni.Orang dah 21 Tahun la.Bukan 12 tahun.”
Ketawa mereka pecah.Tom and jerry entah ke mana.
“Wahai cik Muhammad Fariz Aiman bin Fahrin.Kau ni kenapa hah?Semenjak dua menjak ni aku tengok kau macam ibu kucing kehilangan anak kucing.Tapi ibu kucing tu takla seteruk kau.Kenapa?Ce citer..”Suara lantang Syah memeranjatkan Riz.Kebisingan di jalan raya yang menyebabkan mereka kena bercakap kuat.Kat kedai makan tepi jalan ni la selalu mereka lepak.Tempat stratergik la kata kan.Namun pertanyaan Syah dibiarkan tidak berjawab.

“Kau sedih pasal Ayien ke?”Syah sekadar menduga.Tapi rasanya betul la tu.

“Kau rasa?Aku tak tahu macam mana nak lupakan dia.Kita kan dari kecik main sama-sama.Makan kadang-kadang sama-sama.Tidur tak sama la.Susah tau tak nak lupakan dia.”Gumam Riz.
Semenjak Ayien tahu yang Im tu ialah si mamat Fariz ni,semenjak tulah hubungan diaorang tak rapat.Dan masih ingat lagi tumbukan padu Syah.Siapa tak sayang adik.

“Aku sayang dia” Masih ingat lagi pengakuannya dulu terhadap Syah.

“Entah la.Aku pun tak tau nak cakap macam mana lagi.Yg kau cari pasal dengan di tu kenapa.Berdoa jela kawan.”Pening aku perangai dua orang ni.Silap-silap aku innalillah dulu.

“Relaks arr bro..”Syah memukul lembut bahu Riz.

Ayien menoleh jam di dinding.Pandangannya bersilih dengan kotak hadiah pemberian Raffi berserta surat.Dah pukul 2.15.Pukul 3 dia naik flight.Nak pergi ke tak..
“I really hope you’ll come to see me for the last time.” Nak pergi ke? Sempat je kalau drive ke KLIA.Rasa tak sedap hati lah pulak.Serta-merta kunci Myvi dicapai.
Jam di dashboard dah pukul 2.30.Sempat ke..Kenapa la mamat tu lambat mengaku.Mana aku tahu selama ni dia suka aku.Betul la nak kena belasah ni.Allah…phone tertinggal kat rumah.
      “Mama pergi dulu.Affi tunggu kawan jap.”Berkali-kali di dial nombor Ayien.Tak angkat.Kenapa dia tak datang ni.Dia masih setia menunggu di depan pintu KLIA ni.Matanya melilau cari Ayien.Dia ternampak seorang makcik tua hendak melintas jalan.

DUSH!!!!
  
     “Mana si Affi ni.”Raffi tidak kelihatan.Orang ramai berkumpul di depan pintu KLIA.Dia berasa tidak sedap hati.Dijenguk kepala di celah-celah orang ramai.“Ya Allah!! Raffi!!”Segera didakap tubuh yang sudah kaku itu.Mata Raffi terpejam rapat.Air mata seorang ibu merembas keluar.Dalam sekelip mata dia kehilangan anak lelakinya.Terasa baru saja berbual dengannya,melihat senyumannya.
    
      “Jammed la pulak.”Jam menunjuk sudah pukul 2.45.Jari-jemari mengetuk stereng kereta.Sempat ke ni.
Akhirnya..Ada sepuluh minit lagi sebelum Raffi nak berlepas.Sempat la jumpa.Terkocoh-kocoh dia berlari mencari Raffi.Tak ada.Dah naik flight ke.Sumpah dia akan hantuk kepala kat dinding kalau Raffi dah pergi.Pencariannya sia-sia.Sudah hampir setengah jam dia menunggu di situ.Kak di kaunter tu cakap memang flight terpaksa ditunda disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan.Tapi,Tak nampak pun Raffi.Mungkin dia tak jadi pergi kot.
Telefon rumah bordering.

“Assalamualaikum.”

“ya saya.”

“hah?ok.”Syah meletakkan ganggang telefon.Kemudian berlari mendapatkan Ayien.

“Adik.Lia telefon.Dia kata..Err..Raffi..”Teragak-agak Syah ingin memberitahu Ayien.

“Raffi kenapa abang?”

“Accident.”What!! Terasa lemah tubuh badan.Mujur Syah cepat sambar.Air mata keluar meleleh di pipi.Patutla..Kenapa?Ya Allah..Besarnya dugaanMu.

“Sabar adik.”Syah menggosok bahu adiknya.

“Abang jom tengok dia kat hospital.”Segera air mata di lap.Tudung dipakai di kepala.Sweater di almari di ambil.

“Abang..Jom..”Air mata tetap degil mahu keluar.

“Adik..dia..dia..”Terasa lemah tengok keadaan adiknya.

“Dia dah meninggal dik...”Perlahan sekali suara Syah tapi cukup jelas didengar olehnya.Sekali lagi dai jatuh terjelopok.Air mata semakin banyak keluar. “Ya Allah..”Hanya itu yang mampu ditutur saat itu.
Selesai surah yassin dibaca.Air mawar diambil lalu menyiram pusara di depannya.Begitu besar sekali dugaan Allah kali ini.Kata mummy,Allah uji sebab Allah sayangkan kita.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Air mata entah yang ke berapa kali keluar lagi.Dia memegang batu nisan.Dia ingat lagi isi surat Raffi.
“Awak..Awak dah janji dengan saya yang awak nak kahwin dengan saya bila awak balik semula ke Malaysia.Saya..saya..”Dia mengelap air mata dengan selendang putih.Selendang yang dihadiahi Raffi.

Awak..awak memang cantik.tapi saya rasa lagi cantik kalau awak pakai tudung.Belum terlambat untuk kita berubah..

Dia menangis lagi.Saya janji saya akan sentiasa pakai tudung.Terima kasih Ya Allah kerana mengirimkan seorang lelaki yang baik seperti Raffi.

“Ayien..”Riz mengambil tempat di sisi Ayien.Lemah hatinya tengok keadaan Ayien.

“Banyakkan bersabar.Yang pergi biarlah pergi.Kita yang masih hidup teruskanlah berjuang.Dia suka tengok Nur Syazreen yang bertudung.Manis..

“Cantik!”

“Apa kau kata tadi?”

“Hah?Apa aku kata?”Dalam hatinya duk menyumpah dirinya.Macam mana boleh terlepas ni.

“Eleh.Buat-buat tak tahu pulak.”Ayien bangun.Riz mengekorinya dari belakang.

“Ayien..tunggula..”Dalam hati dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyayangi Ayien.

“Riz,aku dah nak pergi esok.”Raffi memulakan perbualan.Bukan main susah lagi nak pujuk Riz ni.
Elokla kau pergi.Riz membuat muka.
“Kau tolong jaga Ayien untuk aku.Aku tahu dia tu keras kepala sikit.Tapi,kau jaga dia tau.Jangan berkasar dengan dia.Dia okey kalau kau okey dengan dia.

Aku akan jaga dia,Raffi...Aku dah buruk sangka dengan Raffi.Dia pergi sebelum aku lupa nak minta maaf.Maafkan aku..


“Hai Yien!”Tegur Riz.

“Assalamualaikum la mangkuk!”Ketawa Ayien pecah.

“Assalamualaikum cik kak!Senyum sorang-sorang.Makruh.”

“Teori mana kau rembat ni.Aku rembat hang masuk gol lagi tenang hidup aku.”Heh! Amek kaw.

“Amboi.Kasar nampak.Tak baik tau derhaka kepada bakal suami kau.”

“Banyak la kau punya derhaka.”Ayien sengih.Loyar buruk je tau mamat ni.Dah aku pulak? Loyar?Loyang?Haha..

“Malam ni teman aku pergi rumah aunty farha tau.Ada kenduri tahlil.Pakai baju melayu tau.Kalau kau buat macam hari tu pakai jeans aku sekeh kepala hang depan mak hang.Amacam?”

Riz menggangguk. “Dan konfem mak aku nikahkan kita malam tu jugak sebab kau pegang kepala aku.”Ketawa Riz pecah.

“Sebab alasan dia kau dah tak sabar nak…”Belum sempat Riz menghabiskan ayatnya.Tendangan sulong dari Ayien tepat di kaki kiri.

“Wey!Aku belum habis cakap lagi ni.Aku nak cakap yang kau tak sabar nak dapat gelaran puan.Haa..kau fikir apa haa?”Riz senyum mengusik.
Menyampah aku.Namun senyuman di bibir tidak lekang.

“Apa?Malas layan..”Laju dia mengatur langkah ke dalam rumah.
Riz mengikut Ayien dari belakang.Baru kakinya hendak memijak lantai rumah,segera dihalang oleh Syah.

“Woo..woo..kau tak boleh masuk selagi belum dapat title adik ipar aku.”
Aik? Pekena dengan Syah ni.. “Eh? Dah selama ni aku masuk je kan walaupun tak ada title adik ipar kau.”Riz menggaru kepala yang tidak gatal.

“Tu dulu sekarang dah tak boleh.”Syah menggeleng kepala.Ayien di belakang menjelir ke arah  Riz sebelum berlari naik atas.

“Kejam punya bakal abang ipar aku ni.Eh,tu Lia panggil.”

“Mana..mana..”Syah pusing ke belakang.Hanya mummy je yang ada sambil dukung baby.Dia kembali berpaling ke pintu.Riz dah tak ada.

“Kau cari aku?”Ketawa Riz pecah.Dia dah duduk di atas sofa depan tv sambil mengunyah keropok.

“Kureng punya bakal adik ipar!”

“Isy!Korang berdua ni.Tak padan dengan badan nak main aci gaduh.Yang sorang dah jadi bapak orang,sorang lagi dah nak kawin.Sedarla sikit.Kan baby Fatiha,sayang nenek.”Pipi Fatiha di cium bertalu-talu.
Nur Fatiha bt Mohd Syah Adnan.Comelnya anak buah aku ni.Jarang boleh pegang baby ni.Itupun nasib baik abang tak ada.Kalau tak,nak sentuh sikit pun kedekut.Kesian Lia.
Hari ini bakal melakarkan sejarah yang paling manis dalam hidup Ayien dan Riz.Mereka kelihatan sedondong dengan baju pengantin berwarna biru.

“Cantik!

“Apa kau cakap?”Ayien tak berapa dengar dek suara orang ramai yang hadir.Tangannya di tarik oleh Riz.

“Ayien,janganla cakap kau aku.Tak manis la.”

“Dah nak panggil apa?Saya awak..ha ha ha.”saya awak?ek?

“Cuba panggil abang..aaabaangg”Macam mengajar budak umur 2 tahun sebut mama.Ayien ketawa.

“Tak nak.”

“Cakap.”

“Kalau tak nak?”Ayien menahan ketawa.

“Kalau tak nak…”Cupp..

Merah muka Ayien menahan malu.Riz menahan ketawa.Baru cium pipi dah macam cili merah muka dia.Comelnya!!

“Abang!”Ayien mengalah.Dia mencubit lengan Riz.
Akhirnya..Muhammad Fariz Aiman dan Nur Syazreen..Bahagia selamanya..

The end…
Created by:syahirah aisyah
Idea by:syahirah aisyah..
Enjoy reading….sory klaw tak sedap..klaw nok sdap wak sndri yer..haha

Tuesday, 8 November 2011

pening3!!!

salam alaik..
    IQT xde sains tulen meaning xde bio..sy mnat bio.so,rasanya tak payah la kot nak gatal2 pindah.maybe Allah nak bagi peluang kpd sy untk majukan kaka.ape la pkai ayat skema.insyaallah,naqibah form 4 tahun depan lebih mantap.sebarkan dakwah..amin..

   Rasa macam tak percaya je raya aidiladha lebih meriah dari aidilfitri.sy tertnye-tnye la kan raya korban kena mintak maaf jugak ke?haha..so,org laen duk bermaafan boleh sy duk tgok tv?ade ke org mcm tu?tpi ade satu la terkilan.yela.sy mmg nak brubah btul2 sbb Allah.kalau kita brubah sbb lelaki,tkut back kpada tabiat dulu balik.kalau niat kita betul-betul ikhlas,insyaallah,Allah permudahkan.yang nak dijadikan ceritanya,kan sy dah tukar pakai selendang leran 60.Alhamdulillah..ok.tapi sabar jela org duk panggil ustazah..sy akn buktikan yang pakai jilbab bukan ustazah jer.doktor pun boleh..cita2 sy mmg nak jadi doktor..doktor pakar kanak-kanak sebab saya suka budak-budak.Ya Allah.bilalah manusia nak berubah.mudah-mudahan Allah cepat turunkan hidayah.Amin..sebelum ni bukannya tak pakai tudung.Setakat menutupi dada dah.Yelah,dulu tak ambil kisah sangat.Apa-apa pun boleh jadi.Nak dapat syurga Allah tak senang.Selama ni saya terfikir,masih cukup ke iman aku ni?Kenapa orang buat maksiat tak terfikirkan Allah?Tak terfikirkan azab Allah.Kenapa manusia sekarang dah tak ambil peduli?Bila Malaysia nak dapat pemimpin yang betul-betul beriman supaya dapat memimpin negara dengan baik..Kenapa tak buat undang-undang wanita islam kena pakai pakaian yang munutup aurat dengan betul?Ramai perenpuan pakai tudung tapi tak tutup dada,sanggul tinggi,pakai lengan pendek,baju ketat..tu belum cukup baik la tu.Sama la lelaki,kalau main bola,kepala lutut tak tutup,tak cukup baik la tu.Hbis?Macam mana nak jadi baik?InsyaAllah..sy pun akan tanya kak2 yang laen yang lebih tahu.Ilmu saya pun sikit je.Saya haya kongsi apa yang saya tahu..Dan kaum hawa,,Ketahuilah bahawa golongan yang masuk neraka ialah berbonggol unta mean  pakai  tudung yang sanggul tinggi tu.Nauzubillah..Sama-samalah kita berdakwah demi islam dan ikhlas kerana Allah.InsyaAllah..

Banyak lagi yang saya nak kogsi..tapi lain hari yer..
salam~~
perindu syahid Allah

Thursday, 3 November 2011

pindah??

assalamualaikum...

    IQT?? Rasanya tu pilihan yang terbaik kot.InsyaAllah..kalau result ok nak mintak IQT..rasanya dah tak boleh duduk kat kaka lagi kot..kaka ok jer,cuma tak sesuai bagi saya..saya ngaku sy ni mmg jenis cepat terpengaruh..then,sbb kat situ sosial sgt kot.

    Terkadang kecewa la jugak tengok suasana madrasah semakin lama semakin suram.Tiada lagi sikap menasihati antara satu sama lain.mereka semakin ghaflah.Sebab tu ambil kputusan nak pindah.Sy ngaku mmg sy lemah klau ada lelaki.Syaitan mesti ambil peluang nak hancurkan kita dengan cara tu.Kalau lelaki lemah sbb pompuan,then..pompuan pun lemah sebab lelaki.Iman sy belum ckup kuat lagi.Kalau iman kuat InsyaAllah terselamat dari semua ni.Amin...

Thursday, 27 October 2011

cerpen...


Suasana sunyi sepi menyenangkan fikirannya.suasana begitu memudahkan lagi kepala otaknya menyelesaikan latihan add math.Dah memang kepala otak math.Nur liyana sesekali menekan hujung pangkal hidung.Susah juga ye.
      Tidak jauh dari situ,Mohd asyraf sedang menghendap-hendap Liyana di sebalik pokok.Fikirannya Cuma satu.Heh!!Kenalah kau.Dia mangatur langkah perlahan.Lagaknya tak ubah macam pencuri yang tak bertauliah.Satu..dua..tiga!!
“Hah!Amek kau!!”Laju tangannya membaling sesuatu tepat ke muka Liyana.Mak ai..Lipas!!Liyana terasa mau pitam.Haih!! Manusia manalah yang tak reti bahasa dan erti ketenteraman ni.Liyana mencerlung tepat ke dalam anak mata Asyraf.
“Takpe kau..ada lori ada bas..sekarang jugak aku tibai hang!!”
     “Ek?ade ke pantun cam gitu..”Balas Asyraf disertai dangan ketawa yang memang sakit hati bila dengarnya.
     “Kau!Memang tak boleh tengok orang senang sikit kan.Pantang nenek moyang aku tau.”Muka liyana dah memang macam jeruk masam.
      “Dah muka kau dari tadi duk berkerut-kerut macam org tension.Relaks la bro.Tu aku bagi hiburan sikit.Amacam? Mantap…”Asyraf mengangkat kening dengan senyum segaris.
       “Ni aku nak cakap sikit.Wahai cik Asyraf Haziq.Waktu prep orang prep.Macam mana nak jadi pelajar cemerlang kalau dah memang perangai macam ni.Berapa bulan lagi nak spm.”Ni aku nak bagi ceramah free ni.
 “Dah memang aku macam ni.Nak buat macam mana lagi.”Asyraf buat muka seposen.
“Berubahlah ke arah kebaikan.”
     “Apala pakai ayat skema.”Liyana mencebik. “Aku bagi ceramah free ni.Bersyukur jela.Aku rasakan kalau kau mentadbir negara,mau hancur maa..” Serentak ketawa mereka berdua pecah.
Tidak jauh dari mereka,ada dua pasang mata yang sedang melihat adegan tadi.Senyuman terukir di bibir masing-masing.Kena la kau Liyana..

    “Wey!Wey! Berita panas! Sensasi..” Suara Faiz dan Haikal bergema di dalam kelas 4 Anggerik.
 “Apasal kau ni macam baru habiskan larian marathon je.”
      “Haa..ni nak cerita ni.Tadi,kami berdua terskodeng Liyana dan abg Asyraf tengah bercintan kat pondok.Kau tak rasa ke yang dyeorang ada apa-apa la.”Faiz tersengih-sengih macam kambing.Dalam kepala otaknya sudah set satu stratergi untuk mengenakan mereka berdua,Cantek!!

Liyana mengatur langkah menuju ke dorm.Kepala dah berserabut.Dah tak boleh fikir dah.Rasa macam nak terbang pergi kat katil je.Tudung di sangkut di kepala katil.Mr.Teddy erat dalam pelukannya.Baru sahaja nak masuk alam lain.Telinganya cepat menangkap suara-suara sumbang kawan-kawannya.Mengumpat lah tu.Takde kerja lain yang lebih berfaedah ke.Mengaji ke..Tiba-tiba,dia terdengar namanya disebut-sebut.Takkan ngumpat aku kot.
“Korang story telling pasal aku ae?”
“Eh.Mana ada.”Takkan aku silap dengar kot,telinga aku okey lagi.
“Ala..baik kau cakap face to face dengan aku.Senang cerita.”
“Err..Kau dengan abg Asyraf ada apa-apa ke?”Teragak-agak Aqilah Tanya.Mau hangin satu badan memang tempah maut la.
“Ada apa?Setakat kawan tu ada la.Kenapa?”
   “Takde la.Abg Asyraf tu kan kegilaan ramai.Mana aci kau main aci redah je tak ajak kita org.”
     Seriously aku cakap,kami memang berkawan je.kawan…”Mulut siapa pulak yang celopar ni.Memang nak makan selipar jepun aku betul.
      “Yela..mula-mula kawan lepas tu cinta.Tak de yang mustahil kan.”Suka hati kau la.Layan tidur lagi best dari layan korang.Liyana tayang muka toya.Kalau dah awal-awal dengar cerita orang,confirm cerita sebenar aku dah tak laku.

Asyraf...asyraf..Takde nama lain dah ke..Terpaksalah kau kena tadah telinga..Aku bagi jugak kasut aku ni karang.Baru tahu langit tu tinggi ke rendah.Washing machine ok gak..haha..
Semakin lama gamat satu sekolah pasal humor dia dengan Asyraf.Tak faham aku.Susahla nak bekerjasama dengan orang yang tak reti bagi kerjasama.Semakin lama kepala otak rasa nak pecah.Sungguh tak tipu.Serabut gile..Tak tahan...tak tahan..

"Qila.."Liyana mencuit bahu Qila..

"emm..pehal??"

"Budak laki tu yang baru pindah sini kan.Boleh tahan.."Hah! mulakan operasi..Rancangan aku mesti berjaya..Semalaman tak tidur sebab fikir yang tak sepatutnya difikirkan.Aku akan cakap kat semua orang yang aku minat kat budak tu.Boleh tutup kes aku dengan Asyraf.Mantap!!

"Haloo..hidup lagi ke kawan aku ni.."Qila melambai-lambai tangan di muka yana.

"nasib baik tak de orang.Kalau tak sah aku suspek orang tak siuman."Ketawa Yana pecah.

"ok pe orang gila."

"Bukan orang gila la..kejam je bunyinya..orang kurang siuman.Hah..pehal kau tanya pasal mamat tadi tu?Jangan la kau cuba dekati dia.Orangnya pendiam je.Harap muka je handsome.Jangan cakap kat aku yang kau suka dia sudah."

"Aku suka dia." Liyana..Rasa nak amek kasut hantuk kat kepala je.Nasib badanla..

Dan saat tu juga Qila rasa nak pengsan. "Kau biar betul."

"Betul la.ingat ni program realiti show ke apa.Amacam.."Kening liyana terangkat.

Senang sikit kerja aku kalau bercerita dengan Qila.Sekali je Cerita kat dia,berkali-kali dia cerita kat orang lain.Tak payah la mulut aku letih pasal nak jual cerita ni.haha..TERBAEK!!!

    Seperti yang dijangka.Memang cepat berita tu tersebar.Terima kasih bebanyak kepada Qila.Tapi,lama-kelamaan,hati dia entah kenapa berdebar-debar bila bertembung dengan mamat tu entah lupa nak tanya nama.Tolongla hati jangan buat masalah.

******

Petang itu..entah angin apa yang membawanya ke court bola keranjang.Padahal kat situ la tempat di mana mamat tu selalu lepak.Hantu mana la yang sampuk aku.Sedang dia asyik termenung entah sampai ke Sydney la kot..Ada satu suara yang menyapanya.Seram sejuk yana dibuatnya.Mamat tu...ada kat depan mata aku.Tak pernah dia menggelabah macam tu.

"Boleh saya duduk"

"Setahu saya kerusi tu bukan saya punya" Kenapa lancar sangat mulut tu Yana.

"Emm..Nama saya Akif Hilmi." Mak ai.. ber'saya' awak la pulak.Nak balas apa..'nama saya liyana?' my name is liyana..sumpah aku tak pernah gugup macam ni.

"Ow..me..Liyana..panggil yana je."

Dan ketika itulah hati dia berbunga riang.Tak pernah dia jadi macam tu sebab lelaki.Sungguh dia cakap memang dia dah jatuh hati kat AKIF HILMI. gile!! Menyesal ke sebab pura-pura jatuh cinta tapi at last dia yang terjatuh.?Rasanya sampai bila pun dia tak dapat nak jawab persoalan tuh..Sampai bila..Tapi yang pasti dia bahagia dengan keadaan hatinya tika itu.Tapi,cam tu la..jodoh,pertemuan,ajal,maut di tangan-Nya.Kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan..

AND THE REST IS HISTORY...


created by: syahirah aisya
idea asal:liyana saudi..


p/s:Yana..penat tau nak habiskan ni..actually panjang cerita dia..kite pendekkan..hehe..
sory tau..=D 

Tuesday, 18 October 2011

jom solat..




Dakwah Solat
www.iluvislam.com


Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.