Followers

Sunday, 11 March 2012

Thursday, 8 March 2012

special to acah!!

happy birthday to you...
sangelcukahamida....


acah!!!


semoga panjang umur,dimurahkan rezeki...
noor aisyah bt khalid <3 nurshahirah aisyah...
saya rindu awak...


sori lambat wish..ala lambat satu jam 4 minit jer..hehe..

cerpen~cinta sahabat dan suami,,,

awak,
    kadang-kadang saya tertanya-tanya,ikhlaskah awak bersahabat dengan saya?Tapi,saya hiraukan saja parsoalan tu sebab saya yakin sangat awak ikhlas kawan dengan saya.Setiap hari kita makan sama-sama,belajar sama-sama..saya rasa seronok sangat sebab tak ada yang bermakna selain bersahabat dengan awak.Awak baik.Kalau saya sakit awak selalu teman saya.Awak sentiasa ada bersama saya ketika senang atau susah.Saya suka sangat kawan dengan awak.Terima kasih sebab sudi kawan dengan saya.

awak,
   suatu hari kita ditakdirkan berpisah.saya sedih sangat.kenapa kita harus berpisah?Awak cakap kat saya yang Allah nak uji persahabatan kita.saya berseorangan tapi awak kata kita tak berseorangan,Allah sentiasa ada bersama kita.Saya senyap.Lepas tu awak peluk saya.Awak bisik kat telinga saya yang persahabatan kita tak pernah berakhir.Awak bisik yang awak sayang saya kerana Allah.Allah dah rancang yang terbaik buat kita.Kehidupan ini tak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa.Kadangkala kita diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian.sekiranya lemah,kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.Saya terus menangis.Saya bangga punya kawan setabah dan dapat membimbing saya kearah kebaikan.Sebelum ni pun awak selalu nasihat kat saya.Saya senang bersama denagn awak.

Bunyi ketukan di pintu memeranjatkan Jannah.Dia beristighfar.Pintu dibuka perlahan.Kelihatan wanita dalam lingkungan 40-an sedang tersenyum kearahnya.Dia membalas senyuman itu. "Umi..ingatkan siapa tadi."
"Jom turun makan."Dia mengganguk perlahan.Pintu tingkap ditutup.Lampu dipadamkan.Dia tersenyum..Ain...

Matahari panas membahang muka.Dia cuma tersenyum.Sungguh hebat ciptaan Allah.Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 2.Kelibat walid tidak kelihatan.Dia mengeluh.Penat menanti,dia ke kedai berhampiran untuk membeli air sekadar ingin membasahkan tekak.Tidak lama kemudian walid datang menjemputnya.
"assalamualaikum walid."Walid tersenyum."Asif jiddan." "takpe.Jannah faham.walid mesti sibuk kan,sepatutnya Jannah yang kena memandu sendiri.Jannah dah susahkan walid."Walid menggeleng."Jannah tak pernah susahkan walid".Begitulah setiap hari,walid akan mengambil Jannah di kampus.Jannah masih tidak berani untuk memandu disebabkan kejadian yang lalu.Kejadian yang sangat menyedihkan.

Jannah membacuh minuman dengan berhati-hati.Bibirnya tidak lekang dari memuji Allah subhanahua taala.Dia menatang dulang dengan berhati-hati.Kedengaran gelak tawa di ruang tamu.Tetamu walid yang datang menziarahi walid. "Jemput minum makcik,pakcik.."Jannah memaniskan muka.Tetamu haruslah dilayan dengan baik."Dah besar Jannah sekarang.Cantik."Puji Puan Solehah.Jannah tersenyum.Pipinya kemerahan dek pujian tersebut.Setelah meminta diri,dia menuju ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari yang akan dihidangkan buat tetamu yang hadir.Fikirannya melekat kepada pemuda yang duduk di sebelah walid tadi.Siapa lelaki itu?Dia terus beristighfar dan memohon keampunan kerana lalai sebentar tadi.

Setelah tetamu walid pulang,uminya memanggil untuk diajak berbual.Walid juga ada bersama.Mereka sama-sama duduk di taman di hadapan banglo sambil menunggu waktu zuhur masuk."Umi ada beberapa soalan untuk Jannah."Umi memulakan bicara.Jannah tidak senang duduk.Hatinya berdebar-debar menunggu apa yang hendak umi perkatakan."Jannah dah ada teman hidup?Maksud umi..calon suami Jannah"Suami?Kenapa umi tiba-tiba membicarakan hal tersebut."Kenapa umi?"Jannah berlagak selamba.Tolong jangan kata tadi ada orang pinang Jannah..please umi..."Tadi,Puan Solehah nak pinang Jannah untuk anak dia.Jannah setuju?"Jantung Jannah terasa seakan-akan hendak berhenti.Dia belum bersedia.Umurnya baru meningkat 25 tahun."Em,entahla.Umi bagi Jannah masa boleh?".Umi menggagguk sambil tersenyum.Aduhai,apakah yang sedang direncanakan olehNya.Setiap malam Jannah membuat solat istikharah.Berdoa adakah dia lelaki yang ditakdirkan untuknya.Hanya Allah yang maha mengetahui.

Semenjak dua menjak ini.ingatannya terhadap Ain semakin kuat.Dia cuba untuk lupakan Ain.Tetapi hampa.Wajah bersih Ain sering hadir ke dalam mimpinya.Ain seperti memimpin tangannya menuju ke sesuatu tempat.Ya Allah berikanlah petunjukmu.Alhamdulillah,Jannah bersetuju menerima pinangan pemuda tersebut.Memang soal begini umi dan walid yang uruskan.Pilihan umi dan walid adalah yang terbaik.Tinggal lagi sebulan majlis akad nikah akan diadakan.Dia tersenyum.Aneh.Orang lain kalau hendak berkahwin pasti akan kenal dengan pasangan masing-masing.Tapi tidak bagi dia.Segala tentang bakal suaminya hanya tahu sedikit sahaja.Itupun umi dan walid yang menceritakan kepadanya.

Seminggu sahaja lagi,dia akan bergelar seorang isteri.InsyaAllah.Segala bekalan yang umi ajarkan tersemat di dalam fikiran.Dia duduk di atas katil sambil memegang gambar Ain.Ingatannya 10 tahun lalu menjengah di fikirannya.Qurratul Ain,sahabat baik yang dia pernah ada.Mereka terpisah kerana Ain terpaksa pindah mengikut keluarganya.Tetapi,Allah lebih sayangkan Ain daripadanya.Ain meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan hendak ke Kedah.Dunia terasa gelap saat mengetahui berita tersebut.'Kalau umur saya panjang,kita pasti berjumpa lagi.Tapi kalau saya dah tak ada,insyaAllah kita berjumpa di syurga sana'..Kata-kata terakhir Ain sebelum mereka terpisah.
Jannah mengelap air mata yang mengalir.Sungguh berat ujian Allah.Dia memandang bilik yang sudah dihias indah dengan kain satin berwarna biru laut dan putih.Hatinya berdebar-debar.Moga Allah permudahkan urusan duniawi.Amin...

"Assalamualaikum abang."Jannah memulakan bicara."wassalam.Sebentar ya sayang,abang dalam perjalanan,hari ni ada meeting,lambat sikit.Sorry sayang."Jannah tersenyum."Tak apa,Jannah faham.Hati-hati bawa kereta tu"Setelah memberi salam,dia menoleh ke kiri dan kanan.Alhamdulillah,setahun menjadi isteri yang sah kepada Umar Haiqal tidak menyekatnya untuk sambung belajar.Dia sabar menunggu suaminya.Jam ditoleh.Sudah satu jam Umar masih belum sampai-sampai juga.Mungkin jalan jammed.Jannah menyedapkan hatinya.Sungguh,hatinya terasa tidak tenang.Seperti ada sesuatu yang akan berlaku.Dia sudah berdoa memohon ketenangan ketika solat zuhur tadi.Dia memandang ke sebelah sana.Sebuah kedai yang menjual barangan cenderahati.Dia ingin membeli buat suaminya.Dia tersenyum,pasti umar suka.

Pintu kedai dibuka.Dia mencari barang yang sesuai untuk dihadiahkan kepada Umar.Dia mencapai sebuah kotak muzik yang cantik.Pasti Umar suka.Dia juga sempat menulis kad buat Umar.Setelah membuat pembayaran,dia ingin kembali ke seberang,takut-takut Umar mencarinya.Tiba-tiba....

DUSH!!!

"Allahuakhbar!"Kini hanya darah yang mengalir membasahi jalan.Jannah nampak Ain sedang memanggilnya.Dia tersenyum.Lailahaillallah..Jannah meninggal dunia di tempat kejadian.Kebetulan Umar baru sahaja sampai di situ.Dia hairan,kenapa orang ramai di situ.Hatinya tergerak untuk kesana.Ya Allah,hanya itu yang mampu Umar perkatakan.Air mata jantannya mengalir.Dia melihat apa yang ada di tangan Jannah.Sebuah plastik beg hadiah.Apakah......dia segera membawa Jannah ke hospital.

Kotak muzik dibuka perlahan.Lagu love story memecahkan kesunyian bilik.Dia membuka perlahan kad,sekeping kad berwarna hitam jatuh.Dia mengambil kad tersebut sambil mengusap-usapnya.Jannah meninggal bersama anak yang dikandungnya 2 bulan.Dia membaca kad tersebut.Air matanya mengair.Abang sayang Jannah selamanya.I love you till i die...

abang,
  Tak lama lagi Jannah akan jadi ibu,
  abang akan jadi ayah.
  Alhamdulillah...
  Terima kasih abang,Jannah sayang abang.


i love you..
jannah,isterimu=)


Nur Jannah...sentiasa di hatiku....bersama cinta Allah dan Rasul.

Monday, 20 February 2012

dear diary~

salam alaik..
hihi,sekarang mekcoh ada dalam makmal ict,curi-curi post blog..mampus tak layan..haha.Ala,bukannya ustaz tengah ngajar sekarang,ustaz amin tatau pergi mana.i'm here at Imtiaz Kospint.Yup,makmal ict imtiaz,bukan lagi kaka..I miss kaka..chincah.Finally,aku dapat gak kawan yang sekepala dengan aku,okey bukan kawan,tapi kawan-kawan.And guess waht,aku ingatkan dyeorang tak suka korea tapi maybe lagi fanatik dari aku.Maybe..Faezah a.k.a e-jah suruh tulis blog.Sebenarnya aku malas gila nak update blog..hihi,Ejah an nur syazwani my new fren.Syazwani tu kembar aku sebab nama ayah kami sama.Kembar aku,Ain takkan aku lupa..and of kos ramai lagi,tapi takkanla nak mention sorang-sorang kat dalam blog ni.Gila mampus aku.Huahaha..Tengok,kan aku dah jadi gila.Oke3..first-first mari sekolah ni,dah homesick..dahlaa datang naik bas.SORANG..huhu.Tapi lama-lama oke laa..kawan-kawan baru very funny walaupun kadang-kadang aku jalan sorang-sorang..It's okey..maybe Allah dah aturkan yang mana baik dan yang mana tak baik untuk aku.5 minit lagi nak rehat..so,the conclusion is...AKU NAK BALIK!!!.
THE END~


orkedbiruforever~
kakarians forever~
96 geng forever~
mekcoh forever...
 

Wednesday, 8 February 2012

gudbye kaka~

salam alaik..
huhu,hari tu ain pindoh,skrang giliran aku yang pindah.Sedih tu memang la.Masa first2 cikgu cakap tuh aku dah nangis,and perkataan pertama yang keluar dari mulut aku'takmoh pegi!!!' huhu..menangisla kau mekcoh,then,telefon my mom,she said ikut pandai awak la nak pegi ke dop.Tapi,suara dia betul2 macam kecewa bila aku cakap aku tanak pergi.Aku cakap la aku sayang gile100 kaka,tapi she said sekolah imtiaz tu bagus.Yelaa tak dapat dinafikan lagi fakta tuh.Then,ikut jelaa my mom.Ikhlas la ni....sikit..huargh!!! nak balik kaka!! Someone please help me..chibar josayo!!
Takpe la mekcoh,mungkin ada hikmah di sebalik ni semua.It's my destiny right?Kat imtiaz nanti,nama mekcoh dah pupus..my new name is shahirah..hihik..gedik jer macam,tapi meaning dia yang masyur tau..cewah,kembang hidung doh..bubye s****..huhu,takley dohlaa tengok dia..kat imtiaz nanti mekcoh dah jadi senyap.Kat kaka jer bising sebab ada ramai kawan.And no more korea..sekali sekala jer dapat dengor lagu,tengok drama..tak boleh dah nak jadi fanatik korea.Tak pelah yang penting struggle dulu 11A+ kat imtiaz,then..bila umur aku dah 18 tahun baru sambung korea balik..hahaa..

Kepada korang yang mengenali mekcoh di kaka dan yang sedang membaca blog *cute ni..maafkan daku yer.Doakan mekcoh berjaya..

Dan kepada orang tuh*maafkan ecah...study smart kay,no more minat2 kat orang.Bukan nak masuk campur tapi saje nak menyibuk..hehe..bukan masanya lagila,lepas spm baru fikir mende tu semua,kawen nanti jangan lupa jemput ecah...buat molek SPM.11A+ kay? Ecah takkan lupekan semua sekali..promise.*mu sorg jer panggil aku ecah.mungkin lepas ni kita dah tak jumpa,mungkin..tak siapa yang tahu.Kalau ada jodoh jumpa lagi..Fighting!!!

gudbye kaka!! Welcome Imtiaz..i luv kaka forever..

#korang jangan buang aku dari 96 geng!!
~orkedbiruforever~

Saturday, 4 February 2012

Running for Running Man~

salam alaik...
   Entah hantu mana sampuk aku suh tengok citer tuh.Kuang3!!First tgok macam boring sebab dop kenal pelakon dia.Lepas tengok memang kelakar habis.Seriously..Bukan apa,bosan duduk umah,tengok la kan.Kebetulan kakak sepupu ada citer tuh copy jelaa.Ok,mak aku memang dah berbuih mulut duk blebe kat aku,i'm sorry mom..huhu..Bez sgat ekpom,kan syanina nanina,aisyah,jieha,ajwa and korang yang sekepala dengan aku.hihik...Chomal chowae!!tapi sekarang tengah waiting episod baru.Dia ada banyak sangattt episod,sekarang pun still ada agi.Try ar tengok.Kelakar and bez.Sungguh aku tak tipu.Aku ni kan gila korea(penipu haram betul) takla gila2 sangat sebenarnya.Okep jer dengan aku.Takla tengok sampai melalaikan aku.Okey je sebenarnya kalu nak minat korea ni..hihik,sempat agi promote korea.Ni mekcoh ada sediakan gambar,korang tengok la.

*sama dengan gambar syen punyer..biyaneyo syen..


sekarang belum tengok lagi episod yang terbaru.Nak sangat3 tengok sekarang..huhu,sabor jelaa.Sudah merapu pasal ni mekcoh..haih-_-
Anyong!!!!

orkedbiruforever..

Friday, 3 February 2012

maulidur rasul~

salam alaik..
Lusa maulidur rasul..perbanyakkan selawat keatas junjungan mulia nabi muhamad s.a.w..mudah-mudahan kita semua dirahmati-Nya..amin.Huha,dua hari tanpa ibuku,rasa macam 2 tahun.Mom,i miss u so much.Okep mekcoh,mak kau pergi perak je pun,but i still miss her.She's my great mother..huhu.Mudah-mudahan kalian semua sentiasa di bawah keredhaan-Nya.Amin...


#padahal aku lapar giler kalau takde mak kat umh..chincah!!!
orkedbiruforever...