Followers

Friday, 3 August 2012

luahan hatiku

Salam alaik...
saja nak share yang baik buat teman-teman perempuanku..saya sayang awak semua sebab tu saya post bende ni..


‘Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki’


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.


Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milik’nya’ seorang.


Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebigitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.


Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dpt aku berikan.


Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain,aku dululah yang perlu menundukkan pndgnku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah.


Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku,aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?


Tidak ku nafikan sebagai remaja,aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.Namun setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan -itu kerana ia semata-mata untukmu.


Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki yang lain. Engkau berhak mendapat kasih 
yang tulen.


Diriku yang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak,berbagai macam dalil aku kemukakan,tetapi dia tetap tidak berputus asa.


Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa CInta melindungi diriku dari kejahatan.


Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu.Kau kurasakan seola-olah wujud bersamaku.
Dimana saja aku berada,akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerka hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah pasir yang wujud di mana-mana.


Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita lain. Dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.


Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s,juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w. Yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.


Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz,Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji Allah.


Akan tetapi,selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,selagi itu jangan dibazirkan perasaan tiu kerana kita masih tidak baik dalam kehidupan kita kelak.


Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari Redha Ilahi.


Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.


Bahkan aku amta bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu,menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


Akan ku keringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam air mata darah,andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.


Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah,kau akan mencintai ku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang mempertemukan kita kembali kembali di syurga.


Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni,didekati dan diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya,cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.


Yang dicari,walau bukan putera raja,biarlah putera agama.
Yang diimpi,biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai,bukan sempurna sifat jasmani,asal sihat rohani dan hati.
Yang diharap,bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang,x perlu rijal yang gemilang,kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti,bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi,andai tak sama dengan kehendak hati,insyallah ku redha ketetapan Ilahi.



ingatlah sayang...jadilah seperti mawar yang berduri..cantik!tapi berduri..



semoga apa yang baik dijadikan teladan..


sweet time!

Salam alaik!

Today I have a lot of fun with Isya..dia balik rumah aku sebab rumah dia jauh.Dan aku sangat seronok sebab ada kawan,biasanya kalau balik pun duduk sengsorang macam orang gilak..Bangun pagi je terus buat kuih raya.Jangan terkejut mekcoh pandai buat kuih raya.*ala,buku resepi kat tepi,wakaka...pastu,kitaorang buat muffin.With my sis too.So far..jadik la jugak bentuk kuih tu.Asalkan nampak macam kuih dah la.Pastu,petang tu pergi shopping kasut raya.Gila ramai sangat orang!huh..kitaorang pergi sekejap je sebab tak ada parking.Padahal aku tak puas lagi nak borong semua barang,biasalah pompuan an!Pastu....let the picture explain sebab aku malas nak tulih panjang2..

ni nama dia kuih bunga dahlia..isya tolong potong ceri*dia ugut aku suh tulih


ni biskut milo campur cornflake.

muffin coklat! walla!



ni la Isya!








Kalau ada yang berkurang,maafkan daku,cewah..sejak bila kau jadi minah bunga ni mekcoh..haih~dah tak ada idea nak post apa..rasanya cukup setakat ni.See u next time yup!

~missorkedbiru


Saturday, 21 July 2012

Ramadhan Barakah

ALLAH! Dah masuk hari kedua puasa kau baru ucap mekcoh?! What happening to you,benda lain nak sangat post,,grrr~

Sorry guys! My bad..Tapi belum terlambat kan?So...



Forgive me kay! Semoga Ramadhan kali ini lebih berkat.Mesti cukup sebulan puasa..*wakakakaka..=P

Just dreaming!

Salam alaik...

Perasan tak,kalendar kat tepi tu salah.Harap korang tak ikut.*iklan semata-mata


huhu,Nampak tak DSLR kat atas tuh,kalau tak nampak tak lama dah..haha,*kidding.
Honestly,aku tersangatlah jeles kepada anda yang memegang DSLR.Aku nak jugak!! Maybe satu hari nanti dapatla kot aku pegang,MINE!.Not borrowing my sister punya or somebody else.Mengarut kan aku.Pray for me keyh!

Friday, 20 July 2012

so sweeeetttt!!

Satu hari,sorang budak datang kat saya.

"Akak!" Saya pun pandang budak tu dengan penuh tanda tanya.

"Ya dik?"

"Abg Satria kirim salam."

"Huh?" Satria mana pulak ni.Satria jatuh dari langit ke?

"Dia cakap kat saya kak Bintang ni comel!" Pulak dah.Sejak bila nama aku jadi Bintang pulak ni.Kemudian,budak tu hulurkan sekeping kertas kepada saya sebelum meninggalkan saya terkulat-kulat kat situ.

Dan atas kertas tu ada tulis..Izinkan saya jadi Satria awak,Bintang!..
Dan saya terlopong.
Siapakah dia?

Siapakah Satria saya itu?


OH NO!!

salam alaik..
   last day aku ada blogwalking kat satu blog tu,nak kata cantik tu memang la.And i want to be profesional like her.Sungguh aku jeles.Aku pun baca la post dia,pastu terjumpa satu post yang sangat menarik! Bagi aku la.And guest what,she said,dia turunkan berat badan dalam masa 6 bulan! Deabak!Memang aku sukar nak percaya tapi bila aku tengok gambar,memang superb.em,korang paham-paham la kenapa aku tubik pasal ni..nak tau tak,dulu berat dia 50,sekarang 45..percaya tak? 50 going 45 dalam masa 6 bulan.Allah! Can I be like her..InsyaAllah..*tolong jangan gelak.Anyway,boleh la kan aku share apa yang aku dapat.Untuk kamu semua.Baik tak aku..haha,*koya =p


First at all,yang aku sesangat la terkena kat batang hidung ialah dia kata jangan CRASH DIET! OMO! adakah anda melakukannya?Jika ya,tolong berhenti.Contoh,kita tak makan 2 hari,pastu gembira kepalang sebab turun 3 kilo.Padahal berat turun sebab water volume dalam badan reduce bukan fat.Pastu,metabolism badan akan rendah sebab badan anda pikir yang anda tengah starvation.Pastu bila ekgi tak dapat tahan nafsu,anda akan makan macam biasa balik,badan anda akan store as much fat as possible.Maka berat anda yang bertambah akan lebih dari yang hilang.Betul ke?


second,jangan skip meal just reduce portion.Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.
em,biasakan pernah dengar 'saya tak makan,diet!'.Yang tu tak patut.Jangan sesekali korang buat au,

third,jangan makan makanan ringan.Biasanya ada sesetengah orang,dyeorang tak makan nasi tapi makan biskut and so whatever.Padahal kalori dalam biskut lagi banyak daripada nasi.Nama je makanan ringan padahal kalori tinggi.

forth,Get active.Dalam erti kata lain,banyakkan bersenam.Kalau takde masa sangat banyakkan berjalan.Korang yang baca blog aku ni major budak sekolah kan.Jadi,sekolah kita kan besar gedabak.So,rajin-rajinlah berjalan macam aku..kuang3.Bukannya pergi jalan usha budak laki ke apa ke,korang pergi la rajin-rajinkan diri tolong cikgu angkat barang ke,dapat two benefit in one work.Isn't it?

Fifth,Jangan strenuous exercise kalau tak mampu,just slow jog/walk.InsyaAllah.Kalau korang ikut tips ni,jadilah apa yang korang nak.Korang jangan marah aku pulak.Saje je nak share benda baik.Kalau yang tak baik tak payah ikut la.



Sori buat empunya tips ni..maafkan saya ye...
Harap korang jaga badan korang baik-baik.nice share everything with you all!

orkedbiruforever~

Thursday, 19 July 2012

you all my stars!!

salam alaik,,


  i'm happy! because i have many friends..my friends are my estate,so..i can't live without them.Sudah! mekcoh dah speaking,anyway..after aku masuk speech choir,dah terlekat kat mulut aku nak speaking ni..english is fun!Eh,kejap..asal aku tertubik pasal kawan ni..hekhek,sebenarnya banyak pengalaman yang aku alami dan pengalaman itu mengajar aku eri kehidupan yang sebenar.Maybe,ada orang mengeluh sebab banyak masalah,masalah kawan la and so on..tapi bagi aku masalah tu la yang mengajar aku erti kesabaran.Memang tak dapat dinafikan semua orang ada problem kan.I say each friends represents a world in us,a world possibly not burn until they arrive,and it is only by this meeting thats a new world is born.Sebenarnya aku rindu kawan-kawan lama aku.Tapi,kawan baru are also interesting!Best!Walaupun aku dah pindah tapi aku tak pernah lupakan korang semua.Korang tetap dalam hati aku.No one can replace it.
setiap kali aku cakap pasal bintang,mesti orang akan fikir bintang aku just for my satria.Not really! my friends my stars!! that always shining in my heart.Lagipun bukannya aku ada satria pun.One day,i'll find my satria! Kadang-kadang aku terfikir gak,macam mana perasaan orang yang kawan dengan aku ek,yelah..aku bukannya perfect.Sometimes I cannot give you laugh but deep in my heart i really,really want you happy friend with me.Mungkin saya tak dapat jadi kawan yang terbaik buat awak.Hari ni mungkin saya tak menyakiti hati awak tapi kita tak tahu kan apa yang akan berlaku esok dan seterusnya.Jadi,saya harap kita sama-sama muhasabah diri.Semoga kita dapat jadi kawan buat selamanya.Buat teman-temanku,korang jangan sia-siakan apa yang ada di hadapan kita.Mungkin itulah yang terbaik buat kita.I have a lot precious time with you! Thanks buddy! oke,malas nak cakap banyak.So,lets the picture explain....









siti aminah!


maybe korang rasa aku kelakar because of this,tapi aku tak kesah..this is my story..So,aku harap korang tak lupakan setiap jasa baik kawan-kawan korang.

And,.for Ainul Fatini bt. Insidin..I'm sorry for my mistake..Really.really didn't mean it.Walaupun kita dah lama tak contact,saya tetap ingat kat awak sampai bila-bila.Our friendship will never end! Saya tetap sayang awak walau apa pun yang berlaku.


saya janji takkan lupakan awak dan persahabatan kita sampai bila-bila..saya janji Ain!

Sebelum aku banyak merapu,forgive me kalau ada tersilap ngomong ya buk! I love all my friends!! chincah!
sampai ketemu lagi!

~orkedbiruforever